ARKIB : 10/02/1999
KETIKA pasukan lain sekadar
menjalani latihan di dalam negara kesan kegawatan ekonomi, Perak khabarnya
bercadang untuk mendedahkan pemain-pemainnya di luar negara, lapor MOHD. TAUFEK
RAZAK.
Sukan Utusan difahamkan Vietnam
yang pernah dibimbing Karl Weigang satu ketika dulu menjadi pilihan utama skuad
Perak untuk mengadakan latihan dan beberapa perlawanan persahabatan.
Menurut sumber yang rapat
dengan Persatuan Bola Sepak Perak (PFA), seramai 21 pemain akan menyertai
latihan di Vietnam itu yang boleh dianggap 'kampung kedua' jurulatihnya yang
berasal dari Jerman, Karl Weigang.
''Selain mengadakan persiapan
di sana, pemergian ke Vietnam ini juga boleh dianggap sebagai hadiah kerana
menjuarai Piala Malaysia musim lalu.
''Setakat ini, 21 pemain yang
sudah pun menandatangani kontrak dengan Perak dan mereka inilah yang akan
dipertaruhkan untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia musim ini,''
ujarnya.
Kesemua pemain telah pun
menandatangani kontrak bersama Perak termasuk dua muka baru iaitu Domi Che Non
dan Shamsurin Abd. Rahman dan seorang pemain yang dipilih daripada skuad
pelapis Perak, Mohd. Shahril Nizam.
Manakala lain-lain pemain telah
dikekalkan kecuali Khairul Anuar Baharom yan berhijrah ke Negeri Sembilan dan Mat
Zahir Wahab ke Selangor.
Skuad Perak dijangka akan
berada di Vietnam selama 11 hari di mana mereka akan berlepas pada 17 Februari
dan akan pulang pada 28 Februari.
Perak dijadualkan akan
menentang Johor pada perlawanan pembukaan Liga Perdana pada 13 Mac depan.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_08.htm#ixzz4PsrtwF7s
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan