ARKIB : 05/03/2006
Ads by Kiosked
DUA pemain MPPJ, Harris Safwan
Md Kamal (kiri) dan Ben Newton Katanha (tengah) cuba menghalang tonggak Perlis,
Kalande Chitanga Kabanba pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Utama
Kangar, malam tadi.
KUALA LUMPUR - Reputasi MPPJ
selaku pendahulu tergugat apabila Perak tampil merampas mahkota pendahulu Liga
Super selepas kekalahan tipis 0-1 kepada Perlis di Stadium Utama di Kangar,
Perlis.
Kekalahan tersebut membolehkan
Perak merampas takhta Liga Super daripada genggaman MPPJ atas perbezaan gol menjadi
milik mutlak skuad Seladang sekalipun kedua-dua pasukan terikat dengan 22 mata.
Penyerang import baru Perlis,
Kalande Chitanga Kabanba muncul hero apabila jaringan tunggalnya memastikan
Perlis memungut tiga mata penuh selepas menang 1-0 ke atas MPPJ.
MPPJ yang seakan selesa untuk
mengikat tuan rumah dengan keputusan seri untuk mencuri satu mata tersilap
langkah gara-gara kesilapan penjaga gol, Mat Faizal Abdul Rashid pada minit
ke-88.
Kesilapan Mat Faizal keluar
daripada posisi penjaga gol cuba menangkap bola tetapi terlanggar rakan
sepasukan membawa tuah buat Chitanga menanduk masuk ke gawang yang sudah
terbuka.
Kemenangan tersebut melegakan
buat Perlis memperbaiki kedudukan di tangga ketujuh.
Di Stadium Perak, dua gol
menerusi Daniel Fadzli dan pemain kebangsaan, R. Surendren memastikan
kemenangan bergaya Perak menewaskan Pahang 2-0 di hadapan kira-kira 25,000
penonton.
Fadzli menemui sentuhan
jaringan pertama pada minit ke-68 apabila merembat masuk bola lambungan Shahrul
Nizam Mustafa menggamatkan Stadium Perak.
Pahang yang tertekan seketika
cuba bangkit mencari gol penyamaan namun Perak makin selesa apabila giliran
Surendren pula meledakkan jaringan kedua pada minit ke-75.
Kemenangan tersebut mengukuhkan
kedudukan selesa Perak di tangga kedua liga dengan 22 mata.
Di Stadium Nasional Bukit
Jalil, Selangor terus pasrah apabila mengalami kekalahan ke-11 musim ini dengan
giliran Pulau Pinang E&O memahatkan kemenangan 2-0.
Dua gol berturut-turut dalam
tempoh tiga minit sebelum tamat perlawanan meranapkan impian Selangor untuk
keluar daripada belenggu kekalahan.
Gol-gol pelawat dijaringkan
oleh Farizal Razali (m-83) dan Mat Saiful Mohamad (m-85) sudah cukup
mencalarkan reputasi Merah Kuning terus menghuni tangga terbawah liga.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman,
Paroi Khairul Anuar Baharom muncul hero apabila menjaringkan gol kemenangan
membantu Negeri Sembilan Naza menewaskan Telekom Melaka 1-0.
Gol kemenangan tuan rumah
dijaringkan pada minit ke-41.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4ko28XdNP
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan