ARKIB : 27/03/2001
JUARA Piala Malaysia 2000, Perak
berdepan saingan getir Melaka, manakala Terengganu menghadapi tugas berat untuk
menempah tempat ke suku akhir bola sepak Piala FA, menjelang perlawanan kedua
pusingan kedua hari ini.
Perak yang hanya berbekalkan
kemenangan 2-1 ke atas Melaka pada Selasa lalu, belum selamat untuk memastikan
tempat ke suku akhir kerana dijangka diberi saingan sengit di Stadium Majlis
Perbandaran Selayang.
Bagi Terengganu, hanya kemenangan
besar ke atas lawan di gelanggang sendiri, mampu memastikan mereka melangkah
lebih jauh.
Juara Piala FA tahun lalu
mengalami kekalahan mengaibkan kepada pasukan bertaraf kelab, Johor FC 3-0
dalam pertemuan terdahulu.
Nasib yang sama juga dialami oleb
bekas juara Piala Malaysia, Selangor yang kecundang 3-0 kepada Perlis pada
perlawanan pertama lalu.
Selangor yang beraksi di
gelanggang sendiri perlu memastikan kemenangan besar sekurang-kurangnya 4-0.
Peluang Kuala Lumpur juga hampir
tertutup dan perlu menang besar selepas tumpas kepada pasukan kelab, JKR
Kelantan yang sudah selesa dengan kemenangan 2-0.
Pahang yang akan bertandang ke
Stadium Penampang, Kota Kinabalu, juga berdepan tugas berat untuk menebus
kekalahan 1-0 kepada Sabah dalam saingan awal.
Jiran Sabah, Sarawak perlu
memberi aksi lebih baik di Stadium Sarawak, Kuching, hari ini apabila berdepan
SKMK Kelantan yang sudah mempemarkan kehebatan sekali pun tumpas 3-2.
Negeri Sembilan dijangka tidak
menghadapi masalah besar untuk meneruskan penguasaan ke atas pasukan pelawat
Perak Lintau di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi selepas menang awal 3-0.
Apapun, pertemuan kedua pusingan
kedua hari ini, hanya menyediakan tujuh tempat ke suku akhir.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0327&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4bZ5kEH6M©
Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan