ARKIB : 17/07/2003
KEJAYAAN mengungguli perlawanan
peringkat kumpulan meletakkan Perak sebagai pasukan pilihan untuk mara ke
perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Juara Kelab ASEAN di Surabaya.
Pengurus pasukan, Datuk Jamal
Nasir berkata, bagaimanapun Perak tetap berhati-hati meskipun kejayaan mereka
itu mendapat pujian menggunung media di Indonesia.
``Saya bimbang pujian akan
membuatkan para pemain hilang tumpuan untuk menghadapi perlawanan akan datang
yang dianggap lebih sengit,'' kata Jamal ketika dihubungi semalam.
Perak muncul juara kumpulan B
setelah menumpaskan Angkatan Tentera Singapura (SAF) 2-0, Ahad lalu dan DPMM FC
dari Brunei 3-0 kelmarin.
Beliau sering mengingatkan anak
buahnya supaya tidak mempedulikan pujian itu, sebaliknya menumpukan perhatian
kepada perlawanan akan datang.
``Para pemain diingatkan bahawa
misi Perak adalah untuk beraksi dalam perlawanan akhir,'' kata Jamal yang
gembira dengan peningkatan persembahan barisan pemainnya.
Beliau berkata, jurulatih, Toni
Netto sedang membuat persiapan rapi bagi menghadapi perlawanan suku akhir
menentang Samart United dari Kemboja, Ahad ini.
Gandingan Flavio Galvao dan Frank
Seator yang semakin mantap memberi harapan bahawa kemarau gol yang melanda
skuad Seladang akan berakhir.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4d69oh7Nw
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan