HAFIZUL bolos 32 kali musim lalu.
Azizan Hashim
sukanteam@nstp.com.my
MUHAMMAD Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy yakin dengan bimbingan bekas
penjaga gol kebangsaan, Mohd Hamsani Ahmad yang dilantik jurulatih penjaga gol
Perak musim ini mampu meningkatkan lagi keyakinannya.
Bagi Hafizul pengalaman Hamsani yang lebih mesra dengan panggilan ‘Botek’
terlalu berharga dan perlu dimanfaatkan sewajarnya. Begitupun pemain itu tidak
berniat memperkecilkan jurulatih sebelum ini, Talib Saadi yang turut memberi
banyak tunjur ajar kepadanya.
“Masing-masing ada kelebihan dan cara tersendiri, ” katanya.
Apa yang pasti Hafizul memasang impian menebus maruah tercalar selepas
gawang Perak bolos 32 kali dalam saingan Liga Super musim lalu sekali gus
membuktikan dia layak menggalas tugas selaku penjaga gol utama negara.
“Tahun lalu pintu gol Perak bolos 32 kali. Walaupun bukan saya seorang
mengawal gawang tetapi maruah selaku penjaga gol utama kebangsaan tercalar
juga, “katanya. Hafizul juga mahu mengikis badi aksi tidak konsisten yang
menyaksikan prestasi tidak menentu.
“Selepas cemerlang mengawal benteng terakhir dalam satu perlawanan saya
tidak berupaya mengulanginya dan bocor dua atau tiga gol perlawanan berikutnya.
“Seperti ada badi. Bagus satu perlawanan tetapi kena dua tiga gol dalam
aksi selepas itu. Musim ini saya harap dapat menamatkan penyakit itu,” katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Rabu