ARKIB : 01/05/2003
Bekas pemain kebangsaan dan
Perak, Tajol Ariffin Razali, 48, meninggal dunia semasa beraksi dalam satu
perlawanan persahabatan di Padang Kilat, Ipoh, kelmarin.
Allahyarham yang mewakili Kelab
Veteran Tenaga Nasional Berhad (TNB) tiba-tiba rebah pada separuh masa kedua
semasa menentang Kelab Veteran Polis.
Beberapa orang rakan sepasukannya
cuba memberi pertolongan dengan memberi bantuan pernafasan (CPR) tetapi gagal
dan dia meninggal dunia beberapa minit kemudian.
Tajol Ariffin yang bertugas
dengan TNB mula mewakili Kelab Kilat pada awal tahun 1970-an.
Selepas itu Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) memanggilnya menganggotai skuad Malaysia B pada tahun 1977.
Selain itu, Tajol Ariffin turut
menyarung jersi Perak dalam perlawanan Piala Malaysia dari tahun 1977 hingga
1983.
Selepas bersara, Allahyarham
diberi kepercayaan oleh Persatuan Bola Sepak Perak (PFA) untuk melatih skuad
Piala Presiden (1992-2000) dan Sukan Malaysia (Sukma) sejak beberapa tahun
lalu.
Beliau pernah menjadi pembantu
kepada jurulatih dari Jerman, Karl Heinz Weigang dalam Liga Perdana selama tiga
tahun.
Pengurus Pasukan Perak, Datuk
Jamal Nasir Rasdi, pemain skuad Liga Perdana Satu Perak, bekas jurulatih,
Khaidir Buyong dan bekas rakan sepasukannya, Shukor Salleh, Isa Bakar, Baharin
Khamis, Chong Yee Fatt dan Mohd. Zakaria Mohamed telah menziarahi jenazah
Allahyarham.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4cuRXNnLc©
Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan