ARKIB : 03/08/2002
AKSI pusingan pertama bola sepak
Piala Malaysia diteruskan malam ini dengan tumpuan terarah kepada Perak, tiga
kelab - Telekom Melaka, MPPJ Selangor, dan Public Bank Selangor - dan tidak
ketinggalan Selangor yang merupakan juara terbanyak.
Bagaimanapun, Perak selain perlu
memberi tumpuan kepada aksi Piala Malaysia, juga mempunyai misi untuk melepasi
peringkat separuh akhir Piala FA. Dengan peluang untuk mencipta sejarah
merangkul tiga trofi termasuk Piala FA secara sekali gus musim ini, Perak
menanggung harapan diri sendiri dan juga peminat - bebanan maha berat yang
perlu mereka tanggung.
Apatah lagi, dua perlawanan
minggu lepas menyaksikan mereka hanya mencatatseri di gelanggang sendiri. Pada
perlawanan pembukaan Piala Malaysia, Perak seri 2-2 dengan Kedah dan kemudian
1-1 dengan Telekom Melaka dalam separuh akhir pertama Piala FA.
Malam ini, mereka akan sekali
lagi beraksi di Stadium Perak berdepan dengan Johor FC tetapi peluang lebih
kepada tuan rumah yang bukan sahaja memiliki kelebihan penyokong tetapi juga
kerana uiypersembahan tidak menentu kelab dari selatan Semenanjung itu.
Sementara itu, juara 28 kali
Selangor juga berada dalam keadaan tertekan walaupun mereka menang 2-1 ke atas
Perlis dalam perlawanan pertama.
Bukan rahsia bahawa Selangor
terlalu mengidam untuk menjulang Piala Malaysia sehingga sanggup rujuk semula
dengan bekas jurulatihnya, Ken Worden dan menyisihkan Abdul Rahman Ibrahim.
Selangor dilihat bernasib baik
malam ini kerana akan berdepan dengan Public Bank di Stadium Selayang, bermakna
gelanggang lawan itu akan dipenuhi oleh para peminat mereka - bukan penyokong
tuan rumah.
Telekom Melaka dan MPPJ juga
kelihatan cukup ampuh ketika ini. Telekom membelasah Sabah 5-2 di Kota Kinabalu
sudah cukup untuk menggerunkan Pahang yang akan ditemui di Stadium Hang Tuah
sementara MPPJ bergaya dengan kemenangan 2-0 ke atas Pulau Pinang sebelum ini
akan menentang Melaka di Stadium Petaling Jaya.
Juara Perdana Dua, Kedah pula
dilihat berdepan laluan lebih mudah apabila akan berdepan dengan NS Chempaka,
tetapi dua penyerang mereka, Akmal Rizal Rakhli dan Mohd. Rafdi Rashid mungkin
masih memerlukan rehat akibat kecederaan.
Sabah pula akan cuba mengubat
luka kekalahan teruk kepada Telekom dengan menjadikan pasukan jiran, Sarawak di
Stadium Penampang petang ini manakala juara Piala Malaysia tahun lepas,
Terengganu akan beraksi di Kuala Terengganu bertemu Pulau Pinang.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4cEx0Bh91
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan