ARKIB : 30/03/2003
JUARA Perdana Satu 2002, Perak
terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga apabila mencipta kemenangan
1-0 ke atas Sabah dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana Satu di Stadium
Likas, Kota Kinabalu, semalam.
Ayam tambatan Perak Khalid Jamlus
melegakan skuad ``seladang'' itu menerusi jaringan minit ke-57 untuk Perak
mengumpul keseluruhannya 18 mata selaku pendahulu selepas lapan perlawanan.
Di Stadium Darul Makmur, Kuantan,
Pahang menewaskan Johor FC 4-1.
Pahang memperoleh jaringan
menerusi Hairuddin Omar pada minit ke-5 dan 20, Cristiano Pinheiro Da Silva
pada minit ke-45 dan Mohd. Fadzli Shaari pada minit ke-73.
Gol tunggal pasukan pelawat
dihasilkan Johnathan Ben Angelucci pada minit ke-75.
Kemenangan tersebut menyaksikan
Pahang melonjak ke tangga kedua selepas mengumpul keseluruhan 14 mata, hanya
satu mata di hadapan Perlis.
Berbeza pula dengan Juara Piala
FA 2002, Pulau Pinang tewas mengejut 2-1 kepada pasukan tangga tercorot
Terengganu yang mencatat kemenangan pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
Shah, Kuala Terengganu.
Gol-gol Terengganu dihasilkan
Tengku Mohd. Adnan Rosli pada minit ke-10 dan Siddu Issifu pada minit ke-51
manakala jaringan tunggal Pulau Pinang oleh S. Nanthakumar pada minit ke-78.
Di Stadium Sarawak, Kuching,
pasukan tuan rumah Sarawak terikat 1-1 dengan Kedah.
Sarawak menceriakan penyokong
tuan rumah menerusi jaringan Robert Eshun pada minit ke-16 tetapi pemain Kedah
Matar Diop menyamakan kedudukan pada minit ke-65.
Melaka pula tewas 1-0 kepada
Kelantan di Stadium Sultan Mohamed 1V, Kota Bharu menerusi jaringan sendiri
ketua pasukan Azmil Azali pada minit ke-11.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4cnslzpjk©
Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan