Jumaat, 17 Mac 2017

Perak tumbang di tempat sendiri



ARKIB : 08/04/2001
KELANTAN menjaringkan dua gol dalam masa dua minit untuk menumbangkan juara Piala Malaysia 2-1 di Stadium Perak, Ipoh dalam bola sepak Perdana Satu, semalam.

Gol pertama Kelantan diperoleh menerusi Nik Ahmad Fadli Nik Leh pada minit ke-30 sebelum gol kedua menyusul dua minit kemudian menerusi Fatrurazi Rozi.

Perak merapatkan jurang tiga minit selepas rehat menerusi Chan Kok Heng.

Selangor mencatat keputusan seri buat kali ketiga berturut-turut apabila terikat 1-1 dengan Johor di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin.

D. Surendren menjaringkan gol pendahuluan Selangor minit ke-55 tetapi Johor menyamakan kedudukan minit ke-69 menerusi Mohd. Supian Ibrahim.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, tuan rumah menundukkan naib juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan 2-1.

Gol Terengganu dijaringkan oleh Hairuddin Omar minit ke-40 dan Wan Rohaimi Ismail menerusi sepakan penalti minit ke-71. Gol sagu hati Negeri Sembilan dijaringkan oleh M. Elango minit ke-82.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0408&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4ba7WuDub
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan