Jumaat, 24 Mac 2017

Perak gagah di aksi Piala Malaysia



ARKIB : 04/08/2002
JUARA Perdana Satu, Perak menerajui pasukan-pasukan negeri menumpaskan lawan daripada pasukan kelab dalam kempen Piala Malaysia semalam.

Perak menjinakkan Johor FC dengan kemenangan 2-0 di Stadium Perak, Ipoh menerusi jaringan Indra Putra Mahyuddin pada minit kelapan dan V. Saravanan minit ke-88.

Ia membolehkan Perak kukuh di tangga teratas kumpulan A di atas Kedah yang menang 4-1 ke atas sebuah lagi kelab, NS Chempaka.

Matar Diop menjadi tunjang kemenangan Kedah dengan dua gol (minit ke-25 dan 78) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Dua lagi gol disumbangkan oleh Che Hishamuddin Hassan (28) dan Liew Kit Kong (75).

Stephan Abarowei menghasilkan gol tunggal tuan rumah (46).

Dalam aksi kumpulan A, Pahang menjinakkan Telekom Melaka di Stadium Hang Tuah dengan keputusan 2-1 sekali gus menghuni tangga teratas.

Kedua-dua gol Pahang dijaringkan oleh Viattcheslov Malnikov (22, 64) sementara Telekom membalas melalui Isacc Kufour (48).

Di Stadium Petaling Jaya, Halim Jantan menjaringkan gol kemenangan ketika Melaka menewaskan MPPJ Selangor 1-0 pada minit ke-38.

Penyandang juara, Terengganu hanya mampu seri 2-2 dengan Pulau Pinang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Gol tuan rumah diperoleh menerusi Seidu Issifu (21) dan Wan Rohaimi Wan Ismail (60) tetapi Pulau Pinang berjaya membalas melalui Gustavo Romeiro (84) dan Zulharisan Jamaludin (88).

Bagaimanapun, Selangor gagal menjinakkan Public Bank apabila hanya seri 2-2 dalam aksi kumpulan C di Stadium Selayang.

Gol-gol Public Bank dijaringkan oleh Paul Raj (28) dan M. Chandran (89). Selangor membalas menerusi Mass Sar Jr. (48) dan Mohd. Amri Yahyah (83).

Perlis pula tunduk 3-2 kepada Kelantan di Stadium Utama, Kangar. Kelantan memperoleh gol melalui Zami Mohd. Nor (45, 74) dan Fatrurazi Rozi (79).

Tuan rumah membalas melalui Khairil Zamri Rashid (30, 60).

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4cEzzjhvF© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan