ARKIB : 20/02/2002
PERAK mengambil giliran menerajui
bola sepak Perdana Satu apabila menumpaskan penyandang juara, Pulau Pinang 1-0
di Stadium Ipoh, semalam.
Gol penyerang, Norizam Ali
Has-san pada minit ke-71 sudah cukup untuk membantu Perak mencatat kemenangan
keempatnya selepas lima perlawanan dan mengumpul 12 mata.
Kejayaan Perak mengambil alih kedudukan
teratas dibantu oleh keputusan pendahulu sebelumnya, Perlis yang hanya seri 1-1
dengan Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Perlis kelihatan yakin untuk
terus mencatat kemenangan apabila mendapat gol sulung perlawanan menerusi
Hairil Zamri A. Rashid seawal minit keenam tetapi Melnikov Viatcheslav
menyumbat masuk gol penyamaan tuan rumah pada minit ke-37.
Kedudukan Perlis disaingi rapat
oleh Johor FC yang kembali mencatat kemenangan dengan menjinakkan Kuala Lumpur
2-1 pada perlawanan bola sepak Perdana Satu di Stadium Pasir Gudang.
Penyerang utama Johor FC, Eddie
Helmi Abdul Manan menolak masuk gol pertama tuan rumah pada minit ke-20 sebelum
pemain import, Jon Angelucci menambah gol kedua pada minit ke-60.
Johor FC, Perlis dan Sabah yang
menumpaskan Kelantan 1-0 masing-masing terikat dengan 10 mata tetapi Perlis
memiliki kelebihan perbezaan gol.
Kuala Lumpur hanya memperoleh gol
pada minit terakhir permainan menerusi penyerang veteran, Yap Wai Loon.
Di Stadium Shah Alam, Selangor
turut kembali meraih kemenangan selepas tewas dua perlawanan terdahulu -
menewaskan Sarawak 1-0 hasil jaringan Mohd. Aiman Wong Abdullah pada minit
ke-27.
Sementara itu, Negeri Sembilan
gagal menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri apabila hanya seri
tanpa jaringan dengan Terengganu di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.
Stadium Hang Tuah pula terus
memberi tuah kepada Melaka apabila menumpaskan NS Chempaka 2-1.
K. Nanthakumar meletakkan tuan
rumah di depan pada minit ke-31 tetapi NS Chempaka menyamakan kedudukan
menerusi El Hadji Adama Kone hanya 11 minit kemudian.
Penyokong tuan rumah bagaimanapun
diceriakan oleh gol kemenangan penyerang mereka, Tuan Rosli Tuan Shaari pada
minit ke-56.
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz4bwdJdb2N©
Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan