Ahad, 19 Mac 2017

Keadaan Syamsol meresahkan

RKIB : 02/11/2001
Oleh MOHD. TAUFEK RAZAK
TONGGAK pertahanan Perak, Syamsol Saad menimbulkan kebimbangan besar buat jurulatih, M. Karathu apabila mengalami kecederaan serius di lutut ketika menjalani latihan terakhir di Ipoh, semalam.

Insiden pelanggarannya dengan penyerang, Liew Kit Kong yang sedang ghairah mencari tempat dalam kesebelasan utama Perak di perlawanan akhir ternyata membingungkan Karathu yang jelas tampak cemas dengan situasi itu.

Bagaimanapun di hatinya, beliau tetap mengharapkan Syamsol dapat beraksi walaupun menyaksikan pemain itu terhincut- hincut keluar padang dalam keadaan bengkak di lututnya.

``Saya cukup bimbang dengan keadaan Syamsol sekarang kerana dia adalah tonggak utama di bahagian serangan. Namun di hati saya percaya dia akan dapat bermain.

``Harap-harap, tiada sebarang keretakan tulang atau keadaan yang memaksanya berehat panjang. Kita ada sehari lagi dan akan lihat perkembangannya secara teliti esok (hari ini),'' ujarnya.

Beliau jelas kesal dengan kejadian itu tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana pemainnya kini sedang bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Katanya, Kit Kong sepatutnya tidak terlalu ghairah ketika latihan kerana apabila berlaku seperti ini, pasukan yang rugi.

``Ini kerana Syamsol cukup penting buat Perak menghadapi Terengganu apatah lagi permainan meningkat dari sehari ke sehari,'' jelasnya.

Walaupun menangguhkan keputusan menyenaraikan 18 pemain terbaik untuk perlawanan akhir, kebimbangan Karathu itu jelas membayang Syamsol adalah antara kesebelasan utama yang akan diturunkannya.

``Kita akan tentukan kesebelasan utama Perak esok (hari ini) dan semua pemain Perak akan ke Bukit Jalil tanpa ada pemain digugurkan.

``Tujuan kita ialah tidak mahu menjejaskan keseluruhan semangat sepasukan pemain yang telah lama terjalin,'' jelasnya.

Perebutan mencari tempat dalam kesebelasan utama menjadi matlamat pemain Perak kerana mereka akan menerima RM50,000 seorang berbanding mereka yang digugurkan




Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4bmqTdara © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan