ARKIB : 13/03/2003
JUARA liga 2002, Perak mengalahkan
Selangor Public BANK 4-2 dalam perlawanan pertama pusingan kedua Piala FA di
Stadium Perak, Ipoh, semalam.
Gol Perak dihasilkan ketua
pasukan, Ahmad Shahrul Azhar Sofian minit ke-10 dan 40, Mohd. Khalid Jamlus
pada minit ke-58 dan M. Nagarajah pada minit ke-90
Selangor Public BANK pula
merapatkan jurang menerusi jaringan Paul Raj pada minit ke-38 dan Ivan Ziga
pada minit ke-71.
Di Stadium Pasir Gudang,
jaringan Idris Karim pada minit ke-60 dan sepakan penalti Jonathan Ben
Angelucci pada minit ke-90 menyaksikan Johor FC menang 2-0 ke atas Telekom
Melaka.
Johor pula mencatat kemenangan
tipis 3-2 ke atas Polis dalam perlawanan di Stadium Larkin.
Tuan rumah memperoleh gol
daripada P. Gunasegaran pada minit ke-8, gabriel Mandez pada minit ke-51 dan
Dabiel Watkins pada minit ke-88 manakala Polis merapatkan jurang menerusi Raja
Azlan Shah pada minit ke-78 dan Mohd. Izwan Baharuddin pada minit ke-87.
Di Stadium Hang Tuah, Melaka,
Negeri Sembilan pula seri 1-1 dengan Pahang.
Azizul Kamaluddin membuka tirai
jaringan untuk Pahang mendahului pada minit ke-35 sebelum Azrine Efendy
Saadudin menyamakan kedudukan pada minit ke-86.
Perlawanan tersebut turut
menyaksikan jurulatih Pahang, Ralf Borges Perreira diarahkan meninggalkan
bangku simpanan oleh pengadil Halim Abdul Hamid kerana membuat bantahan
terhadap pengadil pada minit ke-87.
Sementara itu, Terengganu
mensia-siakan peluang untuk mengutip tiga mata penuh di gelanggang sendiri
apabila seri 2-2 dengan Sabah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala
Terengganu.
Faziallah Mamat meletakkan
skuad Penyu di depan pada minit ke-7 manakala Seidu Isiffu menambah gol
menerusi sepakan penalti pada minit ke-25.
Bagaimanapun, Sabah membalas
menerusi gol Zaykiel Leong pada minit ke-77 dan Zainizam Marjan pada minit 84.
Di Stadium Negeri, Batu Kawan,
Pulau Pinang mengatasi Perlis 2-1 menerusi jaringan Mohd. Azli Fasya pada minit
ke-53 dan Ng Kok Heng pada minit ke-75 manakala gol tunggal Perlis dihasilkan
Mohd. Khaironisam Shahabuddin pada minit ke-89.
Di Stadium Shah Alam, Shahrin
Majid menyelamatkan Selangor daripada kekalahan apabila menjaringkan gol minit
ke-85 selepas MPPJ Selangor mendahului menerusi jaringan Juan Manuel Arostegui
pada minit ke-55 dalam perlawanan yang berkesudahan seri 1-1.
Sarawak pula menang 1-0 ke atas
JPS Kelantan menerusi gol Abang Mohd. Za'afari Abang Osman pada minit ke-33 di
Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4cioHvri4
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan