ARKIB : 20/12/2000
Timbalan Presiden Persatuan
Bola Sepak Perak (PAFA), Jamal Nasir Rasdi berkata, Azizul dijangka menemui
beliau hari ini di Ipoh bagi membincangkan kedudukannya untuk bersama pasukan
Seladang bagi musim depan.
"Kita sedang usahakan
untuk mendapatkan Azizul bagi menguatkan lagi barisan serangan. Perbincangan
akan dibuat esok dan kita tengoklah sama ada dia bersetuju dengan kontrak yang
kita tawarkan,'' ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada
pemberita selepas Mesyuarat Majlis PAFA yang dipengerusikan presiden baru, Raja
Muda Perak, Raja Nazrin Shah di Ipoh, semalam.
Sementara itu, pemain-pemain
Perak mendapat imbuhan 'duit raya' semalam apabila pada majlis yang sama, Raja
Nazrin menyampaikan cek sebanyak RM47,000 setiap seorang kepada 18 pemain utama
Perak hasil kejayaan menjuarai Piala Malaysia yang lalu.
Pada majlis yang sama juga,
lapan pemain utama musim lalu menandatangani kontrak untuk terus kekal bersama
Perak bagi musim depan.
Pemain-pemain itu ialah Azrul
Amri Burhan, V. Saravanan, Khalid Jamlus, Raja Azlan Shah, Zamri Mat Arif, M.
Nagaraja, Chan Wing Hoong dan P. Gunasekaran.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4b7nRQilO
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan