ARKIB : 06/10/2001
JUARA bertahan, Perak terpaksa
membuat perhitungan terakhir dengan Terengganu Selasa depan untuk layak ke suku
akhir bola sepak Piala Malaysia selepas sekadar seri 2-2 menentang TNB Kelantan
dalam aksi kumpulan C di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, Kota Bharu, semalam.
Sementara TNB Kelantan harus
mencatat kemenangan ke atas JKR Kelantan dalam perlawanan terakhirnya untuk
memberi saingan kepada Perak dalam usaha layak ke suku akhir. Kedua-dua pasukan
berkongsi tujuh mata tetapi Perak di tempat kedua atas perbezaan jaringan.
Dua gol Perak dijaringkan oleh
Mohd. Rafdi Rashid (15, 17) manakala dua gol TNB Kelantan dihasilkan oleh
Zainuddin Ariffin (23) dan Ahmad Tahrin Yusuf (85)
Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1006&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4blANtnuU
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan