ARKIB : 12/10/2000
TIMBALAN Presiden, Persatuan
Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar mahu pemain
melupakan soal imbuhan buat seketika kerana ia boleh memakan diri pemain dalam
menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia, 15 Oktober ini.
Katanya, imbuhan bukan jaminan
untuk Perak mencatat kejayaan sebaliknya ia akan datang sendiri jika pemain
dapat menumpukan sepenuh perhatian pada perlawanan akhir itu.
''Jangan fikir bentuk imbuhan
yang bakal diterima, tetapi fikirlah tentang maruah dan harapan yang diberikan
oleh rakyat negeri ini untuk melihat kita muncul juara.
''Saya tidak bimbang tentang
lawan yang bakal kita hadapi, tetapi saya lebih bimbangkan pemain akan hilang tumpuan
kerana memikirkan soal imbuhan semata-mata,'' ujarnya.
Raja Ahmad yang baru pulang
daripada mengerjakan umrah juga menasihatkan pemain supaya tidak terpengaruh
dengan rekod pertemuan lalu dengan Negeri Sembilan.
Sebaliknya beliau mahu pemain
melakukan kebangkitan semula seperti yang dilakukan ketika bertemu Selangor di
peringkat separuh akhir yang lalu.
''Kalau kita boleh bangkit
semula selepas tewas di Shah Alam, tak ada sebab kita perlu gerun dengan Negeri
Sembilan yang tidak pernah kita tewaskan musim ini,'' tegasnya.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1012&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4b5KoLUKk
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan