ARKIB : 19/06/2002
Cengkaman Perak di tangga teratas
masih selamat apabila skuad Seladang itu menumpaskan Kuala Lumpur 2-0 di
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Saingan terdekatnya, Selangor
turut mengutip mata penuh setelah menumpaskan Kelantan 3-2 di Stadium Shah
Alam.
Perak dan Selangor kini terikat
dengan 51 mata selepas 22 kali beraksi dengan Perak masih mendahului
berdasarkan jumlah perbezaan gol.
Sementara itu, Sabah mengukuhkan
kedudukannya di tangga ketiga dengan menumpaskan Pahang 3-1 di Stadium
Penampang, Kota Kinabalu.
Dalam perlawanan lain, Pulau
Pinang menumpaskan Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Negeri, Batu Kawan untuk
merampas tempat keempat daripada Johor FC yang hanya seri 1-1 dengan NS
Chempaka di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru.
Pulau Pinang dan Johor FC juga
terikat dengan 37 mata tetapi skuad Harimau Kumbang memiliki kelebihan gol.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_09.htm#ixzz4cDO8muMY
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan