ARKIB : 24/10/2001
Oleh MOHD. TAUFEK RAZAK
PERAK memilih jalan sukar
apabila gagal memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri selepas tumpas
1-0 kepada Pahang dalam aksi separuh akhir pertama bola sepak Piala Malaysia di
Stadium Perak, Ipoh, semalam.
Gol tunggal pasukan pelawat itu
dijaringkan oleh Ahmad Shahruddin Rosdi menerusi rembatan dalam kotak penalti
pada minit ke-45.
Bagaimanapun, gol itu
menimbulkan kontroversi apabila dibantah oleh pemain dan pegawai pasukan Perak
kerana mendakwa sepakan sudut yang menjadi gol itu tidak sepatutnya diberikan.
Sehinggalah di minit terakhir
separuh masa pertama, Pahang melenyapkan sorakan penyokong tuan rumah dengan
jaringan Ahmad Shahruddin yang merembat bola di celah-celah kaki pertahanan
Perak.
Gol berpunca daripada sepakan
sudut oleh Jalaluddin Jaafar yang menyebabkan berlaku keadaan kelam kabut dalam
kotak penalti tuan rumah sebelum Ahmad Shahruddin meluru untuk melakukan
penyudah.
Bagaimanapun, gol itu
menimbulkan kontroversi apabila sepakan sudut itu dipertikaikan. Pengadil
perlawanan sebelum itu memberikan sepakan itu sedangkan penjaga garisan
mengangkat bendera untuk sepakan gol.
Terdesak dengan kedudukan itu,
Perak terus mengasak pada babak kedua tetapi mendapati pertahanan Pahang sukar
ditembusi walaupun memasukkan M. Nagaraja, Norizam Ali Hassan dan Azrul Amri
Burhan bagi memantapkan serangan.
Suasana tegang kelihatan di
tempat duduk pemain apabila lontaran mercun ke dalam padang berlaku ketika
pemain Perak terus gagal mencari gol penyamaan.
Walaupun mengasak hebat di
minit terakhir permainan, Perak terus hampa sekali gus menyaksikan mereka gagal
membawa bekalan terbaik menghadapi separuh akhir kedua di Kuantan, Sabtu ini.
PERAK: Azlisham Ibrahim, A.
Victor, Chan Kok Heng, Shamsol Saad, Chan Wing Hong, Ahmad Shahrul Azhar, Indra
Putra Mahayuddin, K. Nanthakumar, Mohd. Rafdi Rashid (Azrul Amri Burhan), Nor
Shazwan Mohd. Noor (M. Nagaraja), Khalid Jamlus (Norizam Ali Hassan).
PAHANG: Muadzar Muhammad,
Jalaluddin Jaafar, Juzaili Samion (Anuar Karim), Khairulnizam Man, Safri
Mokhtar, Azhar Kamaluddin (Iskandar Zulkarnain), Ahmad Shahruddin Rosdi,
Khairulnizam Haniff, Azizul Kamaluddin, (Azmani Kadir) Shahrizan Salleh,
Shahril Faizal Sharifuddin
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4bmPzXGLp
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan