Rabu, 24 Februari 2021

Skuad Perak faham kesulitan Mehmet

 SUKAN



HAFIZUL HAKIM menjelaskan bahawa sebagai pemain profesional, siapa juga yang menjadi jurulatih bukan persoalan besar dan masalah.

Skuad Perak faham kesulitan Mehmet

Oleh KOSMO!

24 Februari 2021, 11:30 am

Oleh AZIZAN HASHIM

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang perasaan yang dirasai oleh penjaga gol utama Perak FC, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy apabila mengetahui ketua jurulatih, Mehmet Durakovic memutuskan untuk meninggalkan skuad The Bos Gaurus.

Hafizul berkata, tiada apa yang lebih penting daripada kesejahteraan ahli keluarga sendiri dan disebabkan itu dia faham dengan keputusan jurulatih berasal dari Australia tersebut.

Jika saya di tempat beliau (Mehmet), pasti akan melakukan perkara yang sama. Tiada kompromi apabila berkaitan dengan keluarga.

Saya faham apa yang dirasakan oleh jurulatih Mehmet apabila berjauhan dengan keluarga dan bersendirian di sini dalam keadaan dunia dilanda Covid-19.

Tiada apa yang kami mampu lakukan apabila mendengar penjelasan dan alasan daripadanya. Apa pun, kami doakan segalanya dipermudahkan,” kata Hafizul yang mengakui Perak kerugian besar dengan pemergian jurulatih itu.

Mengenai pengganti Mehmet iaitu Chong Yee Fatt pula, Hafizul yakin beliau memiliki pengalaman dan berupaya merencanakan persiapan pasukan bagi menghadapi Liga Super bermula 5 Mac ini.

Katanya sebagai pemain profesional, siapa juga yang menjadi jurulatih bukan persoalan besar dan sehubungan itu tidak nampak sebarang masalah.

Saya pernah dibimbing oleh Yee Fatt semasa beliau menjadi penolong jurulatih tetapi sebagai ketua jurulatih belum pernah,” ujarnya.SUMBER-SUKAN KOSMO ONLINE

Selasa, 23 Februari 2021

Terima kasih Yob!




MEHMET DURAKOVIC (kanan) bersama Khairul Shahril Mohamed dalam sidang akhbar penamatan kontrak sebagai Ketua Jurulatih Perak FC di Ipoh semalam. – UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI

Oleh AZIZAN HASHIM

23 Februari 2021, 2:50 pm

IPOH: Tiada yang lebih penting selain daripada keluarga.

Itulah hakikat yang menyebabkan jurulatih berpengalaman, Mehmet Durakovic meminta untuk dilepaskan kerana ingin pulang ke Australia dan bersetuju kontraknya ditamatkan menerusi perbincangan bersama Perak FC sejak lebih seminggu lalu.

Keadaan tidak mengizinkan saya untuk berada lebih lama lagi di sini. Penularan pandemik Covid-19 membuatkan kehidupan saya susah kerana terpisah dengan keluarga.

Memang ini satu keputusan yang sukar dan berat tetapi saya lebih utamakan keluarga,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini semalam.

Mehmet mengakui sukar bagi­nya meninggalkan skuad Bos Gaurus kerana telah bersama mereka selama empat musim.

Hubungan yang terjalin dengan pemain, pegawai dan persatuan begitu baik. Kami seperti satu keluarga dan saya sayangkan Perak tetapi realitinya saya terpaksa pilih keluarga sendiri bila perlu memilih antara dua.

Saya doakan mereka berjaya menempuhi kempen Liga Malaysia musim ini dengan gemilang,” ujar bekas pemain Selamngor itu.

Mehmet, 55, mengucapkan terima kasih kepada Perak FC kerana memahami keadaannya dan sudi menyelesaikan masalah yang dihadapinya dengan baik.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Shahril Mohamed berkata, penamatan kontrak itu adalah atas permintaan Mehmet sendiri dan persetujuan bersama penamatan kontrak jurulatih itu telah ditandatangani pada 19 Februari lalu.

Rundingan telah dijalankan selama lebih satu minggu dan pengurusan menghormati pendirian Mehmet yang memilih untuk kembali ke Australia. Ia merupakan satu keputusan yang sukar dan berat untuk kami putuskan.

Kami mengucapkan selamat berjaya kepada beliau kerana mahu bersama keluarganya di Australia adalah keutamaan beliau,” katanya.SUMBER UM ONLINE

Isnin, 22 Februari 2021

Perak FC sah tamat kontrak Durakovic

MyMetroArena



BERNAMA

Ipoh: Perak FC hari ini mengesahkan penamatan kontrak Mehmed Durakovic sebagai ketua jurulatih Perak FC selepas rundingan dilakukan selama seminggu.

Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Shahril Mohamed berkata penamatan kontrak itu adalah atas permintaan Mehmed sendiri yang memaklumkan ingin pulang ke Australia bagi menyelesaikan urusan keluarga.

"Rundingan ini telah berjalan selama seminggu dan pengurusan menghormati pendirian Mehmed yang memilih untuk kembali ke Australia.

"Ini merupakan keputusan yang sukar dan berat untuk kami putuskan dan pastinya satu kehilangan yang besar kepada pasukan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pihak pengurusan juga memilih bekas pengendali Kuala Lumpur, Chong Yee Fatt untuk mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih Perak FC, keputusan yang dibuat atas nasihat Mehmed.

Katanya, satu rundingan bersama Kuala Lumpur United FC telah dibuat untuk membawa pulang Yee Fatt bagi menggalas tanggungjawab itu.

Yee Fatt adalah bekas pemain Perak bagi musim 1981 hingga 1983 dan musim 1986 serta pernah menyandang jawatan sebagai pembantu ketua jurulatih bagi musim 2011 hingga 2013 serta pada musim 2017 sewaktu pasukan diterajui oleh Karl-Heinz Weigang.

Dalam pada itu, Khairul Shahril berkata pihaknya juga bersetuju untuk melantik Rizal Naizali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC berkuat kuasa pada 10 Februari lalu selain turut berperanan sebagai pengurus pasukan tersebut bagi musim ini.

"Pengurusan mengesahkan Perak II menyertai Liga Perdana pada musim ini dan keputusan penyertaan itu dibuat demi pemantapan arena bola sepak negeri dan perkembangan bakat-bakat pemain muda di Perak," katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihak pengurusan akan memuktamadkan pemilihan logo selepas dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada pagi esok.

"Untuk perkara ini, pihak pengurusan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat yang mengambil bahagian dalam urusan pemilihan logo yang baharu," katanya.

Beliau berkata pihak pengurusan memohon maaf atas keresahan yang timbul dalam pengurusan Perak FC khususnya bagi menghadapi musim 2021.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Februari 2021 @ 8:30 PM

Jumaat, 12 Februari 2021

Kemelut Perak FC tidak lemahkan pemain

 SUKAN 



Kemelut Perak FC tidak lemahkan pemain

Oleh KOSMO!

12 Februari 2021, 11:00 am

Oleh AZIZAN HASHIM

PEMAIN Perak FC dijangka tidak terkesan dengan kemelut yang melanda pasukan itu hingga menyaksikan mereka tidak menerima gaji dua bulan setengah selain kehilangan pengurus pa­sukan.

Penjaga gol utama skuad The Bos Gaurus, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy mengakui pemain-pemain tidak berasa tertekan dengan situasi yang melanda pasukan disebabkan masalah dalaman tersebut.

Katanya, semua pemain akur serta faham dengan situasi yang dihadapi, lebih-lebih lagi kerajaan negeri perlu memberi fokus terhadap permasalahan lebih penting.

Secara jujur, kami tidak ada sebarang masalah kerana kami faham dengan situasi dihadapi kerajaan negeri yang perlu beri keutamaan kepada perkara-perkara lebih penting terutama mangsa banjir.

Kesabaran semua pemain ketika menghadapi situasi ini nya­ta berbaloi kerana masalah gaji kami akhirnya berjaya diselesaikan dengan baik,” kata penjaga gol kebangsaan itu.

Kemelut kewangan yang melanda Perak FC menyaksikan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Timbalan Presiden, Datuk Adly Shah Ahmad Tah meletak jawatan dan kerajaan negeri bersetuju me­nyumbang dana.

Hafizul berkata, mereka kini bersiap sedia untuk menjalani latihan mengikut model gelembung sukan berikutan kebenaran yang diberikan oleh Majlis Ke­selamatan Negara (MKN) pada 15 Mac ini.

Meskipun belum pasti mengenai venue latihan, namun pemain berusia 28 tahun itu percaya ia mungkin dijalankan di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negeri tersebut.

SUMBER-SUKAN KOSMO ONLINE

Sabtu, 6 Februari 2021

Kemelut kewangan Perak FC sudah berakhir

 SUKAN



KHAIRUL (kiri) mendedahkan bahawa masalah kewangan PAFA sudah diselesaikan hasil keprihatinan Menteri Besar Perak, Saarani.

Kemelut kewangan Perak FC sudah berakhir

Oleh KOSMO!

6 Februari 2021, 11:10 am

Oleh AZIZAN HASHIM

kewangan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dan Pe­rak FC berakhir dengan campur tangan daripada kerajaan negeri semalam.

Sehubungan itu, tunggakan gaji sebulan setengah pemain Perak FC dan pegawai Perak FA berjumlah RM3.8 juta akan dilangsaikan apabila mereka mula menerima gaji masing-masing pada Selasa depan.

Keprihatinan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad mengubah senario suram kepada kegembiraan buat pemain dan pegawai Perak FC yang menyifatkan bayaran tunggakan itu sebagai ‘ang­pau’ sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Khairul Shahril Mohamed ketika dihubungi berkata, ini adalah komitmen kerajaan negeri untuk menjaga kebajikan para pemain serta pegawai Perak.

Katanya, kesemua terlibat akan menerima bayaran terus melalui akaun masing-masing termasuk bayaran untuk Januari.

Alhamdulillah kita berjaya mendapat dana bagi menyelesaikan kemelut kewangan PAFA melalui sumbangan daripada syarikat- syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ini adalah komitmen kerajaan negeri terhadap pemain dan bola sepak Perak,” kata Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bota itu.

Shahril yang juga salah seorang Pengerusi Lembaga Pengarah Perak FC berkata, tum­puan kini ialah untuk memenuhi semua syarat dan keperluan bagi pendaftaran pemain oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebelum 12 Februari ini.

Setiap pemain perlu menja­lani ujian kesihatan serta membuat ujian calitan jika ingin menyertai Liga Malaysia (Liga M) musim ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Shahril memaklumkan bahawa satu pertemuan te­lah diadakan antara pemain serta jurulatih dengan Menteri Besar Perak semalam.

Katanya, pemain diwakili oleh kapten, Shahrul Mohd. Saad dan Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy manakala jurulatih Mehmed Durakovic dan pembantunya Sharil Nizam Khalil hadir dalam pertemuan di pejabat Saarani.

SUMBER-SUKAN KOSMO ONLINE

Selasa, 2 Februari 2021

Harap Yob tak lari




SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | | 31 Januari 2021
Barisan pemain Perak FC giat berlatih sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). FOTO: FB PERAK TBG
PERSATUAN Bola Sepak Perak (PAFA) sedang berusaha menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan pegawai setiap pasukannya sebelum 7 Februari ini.
Menurut Naib Presiden 1 PAFA, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad, perkara berkenaan telah dinyatakan dalam pembentangan bajet jangka pendek dan jangka panjang PAFA kepada kerajaan negeri Perak baru-baru ini.
Justeru, Muhammad Yadzan berharap barisan pemain Perak bersabar dalam menunggu bayaran tunggakan gaji yang tertunggak selama sebulan setengah itu.
“Kami sudah memaklumkan masalah tunggakan gaji ini kepada kerajaan negari, jadi terpulang kepada kerjaaan negeri bagaimana untuk menguruskan hal ini.
“Saya juga difahamkan, Setiausaha (PAFA) sudah menghantar semua butiran gaji kepada pihak yang berkenaan. Kalau boleh kami mahu masalah ini segera diselesaikan.
“Kami tak mahu ada pemain yang lari (meninggalkan pasukan) pada ketika kami sedang berusaha menyelesaikan masalah tunggakan gaji ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Terdahulu, beliau diminta mengulas kenyataan bekas Presiden PAFA, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mendedahkan PAFA perlu melunaskan tunggakan gaji tersebut sebelum 7 Februari ini jika tidak mahu berdepan risiko kehilangan pemain.
PAFA kini mempunyai tunggakan gaji pemain dan pegawainya selama sebulan setengah iaitu separuh bayaran bagi bulan November dan Disember berjumlah RM3.8 juta. Jumlah itu tidak termasuk bayaran gaji bagi Januari ini.
Mengulas lanjut, Muhammad Yadzan turut berharap proses penswastaan dan pemisahan antara kelab bola sepak (FC) dan persatuan bola sepak (FA) diselesaikan sebelum sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
“FC kena selesaikan dulu... FC is market. FA kita selesaikan juga tahun ini. Boleh namakan siapa yang akan kendalikan FC, saya berlapang dada dan pada mesyuarat dengan Exco (PAFA), mereka juga perlu berlapang dada.
“Saya nak bezakan antara politik dan FA. Biarlah nampak profesional apabila pasukan bertukar status kepada FC. Yang penting CEO FC yang bakal dilantik nanti dapat mencari dana untuk pasukan,” jelasnya.
SUMBERArtikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/121642/BERITA/Sukan/Harap-Yob-tak-lari© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf