
ARKIB :
11/01/1998
SYAMSOL SAAD.
PERAK terkilan
apabila pemain pertahanannya, Syamsol Saad mungkir janji dengan berpindah ke
Terengganu bagi Liga Perdana musim akan datang, lapor KAMARUDDIN ISMAIL.
Pengurus
Pasukan, Datuk Raja Ahmad Raja Omar kesal dengan tindakan Syamsol itu kerana
pemain tersebut sudah berjanji mewakili Perak dalam dua pertemuan lalu.
Katanya,
pertahanan itu sudah menyatakan untuk kekal dengan skuad Seladang secara lisan
dalam kedua-dua pertemuan tersebut tetapi kini berubah kata pula.
Raja Ahmad
berkata, keputusan pemain pertahanan itu mungkin menjejaskan perancangannya di
barisan pertahanan musim akan datang yang terpaksa mencari seorang pemain
gantian.
Namun begitu
katanya, skuad Seladang masih mempunyai lima pemain seperti Khairul Anuar Baharom,
Janos Krescka, Roslan Hamid, Chee Wan Hoe dan Chan Kok Heng bagi memperkuatkan
benteng pertahanannya.
''Syamsol
memberi alasan sering berada di bangku simpanan sahaja musim lalu menyebabkan
beliau ingin berpindah ke negeri lain musim depan,'' kata Raja Ahmad di Ipoh
semalam.
Pengurus pasukan
itu tidak boleh mengarahkan jurulatih, Karl Weigang supaya menurunkan Syamsol
pada tiap-tiap perlawanan kerana jurulatih tersebut mempunyai perancangan
tersendiri.
''Jika Syamsol
merasakan tidak mendapat tempat dalam skuad Perak musim lalu, beliau bolehlah
mencari pasukan yang sesuai,'' ujarnya.
Pemain
pertahanan itu mula beraksi dengan Perak dalam Liga Simpanan pada tahun 1991
dan dua tahun kemudian beliau diserapkan dalam skuad Liga Perdana negeri ini.
Kontrak Syamsol
dengan skuad Perak sudah tamat pada 31 Disember lalu tetapi boleh dipanjangkan
setahun lagi jika skuad Seladang mahukannya.
Seorang lagi
pemain pertahanan, Ghani Malik turut meminta kebenaran berpindah ke Kuala
Lumpur tetapi Perak tidak melepaskannya.
Raja Ahmad
berkata, tenaga Ghani masih diperlukan di sini selepas sembuh daripada
kecederaan yang dialaminya sepanjang musim lalu.
Sementara itu,
Pengurus Pasukan tersebut juga sedang berusaha membawa penyerang Sabah, Mohd.
Jaya Kassim ke sini tahun depan.
''Saya berharap
dapat membawa Mohd. Jaya untuk digandingkan dengan Laszlo Repasi yang sekaligus
memantapkan lagi barisan serangan Perak,'' ujarnya.
Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_05.htm#ixzz4FEJKuxL0
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan