ARKIB : 28/04/2011

Pemain Perak, Razali Umar Kandasamy (kiri) berebut
bola dengan pemain Kuala Lumpur, Ahmad Dashila Tajudin pada perlawanan Liga
Super di Stadium Perak, Ipoh kelmarin.
Skuad bimbingan Norizan meraih tiga mata penuh
apabila menumpaskan Kuala Lumpur 5 - 3 kelmarin, sekali gus naik ke tangga
keempat liga dengan mengumpul 26 mata.
Perak ketinggalan empat mata kepada Kelantan di
tangga ketiga, lima mata kepada Terengganu dan enam mata kepada pendahulu liga,
Selangor.
"Walaupun Perak mampu mencatat kemenangan,
masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.
"Kami hanya mempunyai dua hari sahaja untuk
memperbaiki kelemahan berkenaan agar tidak menjejaskan persembahan skuad
Seladang," tambahnya.
Norizan tidak menyatakan kelemahan yang masih
menghantui skuadnya, menjelang pertemuan dengan Kedah di laman sendiri, esok.
Beliau lega dan bersyukur dengan kemenangan
tersebut setelah gagal mengutip mata penuh dalam tiga perlawanan sebelum ini.
Sebelum ini, Perak hanya mampu mengutip satu mata
dalam tiga perlawanan setelah kalah kepada Selangor 0-1 (16 April), seri 1-1
dengan Terengganu (19 April) dan kalah 0-3 kepada Terengganu (23 April).
"Para pemain memberikan komitmen sepenuhnya
dan mengikut strategi yang disusun menyebabkan persembahan Perak lebih
bertenaga," jelas Norizan.
Norizan pertama kali menurunkan penyerang sensasi,
Razali Umar Kandasamy dalam kesebelasan utama Perak.
Kesediaan Norizan menurunkan Razali berbaloi
apabila penyerang sensasi itu menyumbatkan gol pertama Perak seawal minit
pertama.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz5e8tyAFfv
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan