ARKIB : 19/03/2008
IPOH Perak terpaksa menelan
kepahitan apabila dibelasah 1-6 oleh wakil Singapura, Angkatan Tentera
Singapura (ATS) pada perlawanan kedua Kumpulan E Piala AFC di Stadium Perak,
semalam, lapor Kamaruddin Ismail.
Kekalahan besar itu meletakkan
Perak kekal di tangga kedua kumpulan tersebut selepas menang 3-1 ke atas wakil
Maldives, New Radiant di tempat lawan sebelum ini.
Kubu Perak bocor seawal minit
kesembilan sebaik Chaiman Thaisak membuka jaringan buat pasukan pelawat.
Ini disusuli dengan empat gol
berturut-turut menerusi Guric Aleksander pada minit ke-43, 49, 71 dan 74 di
samping satu gol lagi sumbangan Mustaqim Manzur Ahmed Khan (m-58).
Gol sagu hati Perak pula
dijaringkan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Mario Barios pada minit
ke-45.
Jentera Perak ternyata pincang
sebaik penyerang utamanya, Carlos Caceres dikeluarkan pada minit ke-44 dan ini
menyaksikan Khalid Jamlus terpaksa bertindak berseorangan di bahagian depan.
Sementara itu, satu lagi wakil negara,
Kedah turut dibelasah 1-5 juga oleh wakil Singapura, Home United pada
perlawanan di Stadium Jalan Besar.
Kedah bagaimanapun lebih dulu
berada di depan hasil jaringan Shafiq Jamal sebelum Singapura melakukan amukan
lima gol menerusi Kengne Ludovick (2 gol), Peres de Oliviera (2 gol) dan Sharik
Ishak.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0319&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4ypbxctJD
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan