PERAK membuktikan mereka adalah
pasukan yang perlu diberi perhatian pada kempen Liga Super musim ini.
Semalam skuad Seladang itu
mencatat kemenangan besar apabila membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 6-0
pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Kemenangan itu juga membolehkan
Perak melonjak satu anak tangga ke kedudukan keempat dalam liga selepas
mengumpul 18 mata daripada 10 perlawanan.
Kedah pula masih unggul selaku
pendahulu dengan 25 mata, lima mata di hadapan Selangor yang berada di tangga
kedua.
Begitupun pada aksi semalam,
Perak yang turun selaku tuan rumah bermula garang apabila mendahului dua gol
menerusi jaringan Khalid Jamlus pada minit ke-25 dan 44.
Rentak cemerlang Perak
diteruskan pada babak kedua permainan apabila penyerang import, Carlos Arturo
Caceres meledak gol ketiga pada minit ke-47 sebelum Mohd. Hardi Jaafar menambah
gol keempat minit ke-70.
Gol kelima tuan rumah hadir
pada minit ke-87 menerusi jaringan Wan Abu Yazid Bustami sebelum Caceres
melengkapkan gol keenam Perak dua minit kemudian.
SEMUAArtikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_09.htm#ixzz4wNHEtzPj
Hakcipta terpelihara