Ahad, 15 Oktober 2017

Perak juara Piala Presiden



ARKIB : 08/09/2007

IPOH – Penantian Perak selama 15 tahun berakhir dengan kegembiraan apabila berjaya menjulang Piala Presiden dengan mengalahkan Kelantan 5-4 melalui sepakan penalti di sini, kelmarin.

Perak dan Kelantan terpaksa menentukan juara menerusi sepakan penalti selepas kedua-duanya terikat 3-3 selepas beraksi selama 120 minit.

Gol-gol Perak dijaringkan oleh Abdullah Mat Kassim pada minit ke-14 dan Sharizal Saad (40, dan 68).

Namun begitu, Kelantan berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Mohd. Rizal Fahmi minit ke-81 dan 93 serta Mohd. Aizuddin Othman ke-90.

Kedua-dua pasukan mempamerkan beraksi panas sehingga berlaku tolak-menolak dalam masa tambahan tetapi tiada sebarang jaringan.

Selepas itu, lima sepakan penalti diberikan tetapi Kelantan hanya mampu menyempurnakan empat sepakan sahaja.

Sebaliknya, pemain-pemain Perak telah menyempurnakan lima sepakan penalti tersebut bagi muncul juara kali pertama.

Pengurus Pasukan, Che Harun Hussin mengakui ketiadaan penjaring terbanyak, Razali Umar Kandasamy yang menerima dua kad kuning membuatkan serangan Perak kurang menyengat.

‘‘Kesungguhan dan ketekunan para pemain menjadi faktor utama kejayaan itu walaupun ketiadaan Razali,” jelas Che Harun di sini, semalam.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0908&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4vZJQTIC8
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan