ARKIB : 16/10/2007
IPOH Bekas ketua pasukan
Telekom Melaka, Mohd. Hardi Jaafar tidak menduga apabila dia disenaraikan dalam
pasukan Perak bagi menghadapi saingan musim baru bola sepak Liga Malaysia.
Hardi berkata, kesediaan
Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) menyenaraikannya dalam skuad Seladang musim
depan membuatkan Hari Raya Aidilfitri ini begitu bermakna.
Saya tidak menyangka dapat
bersama-sama Perak semula setelah lama merantau dengan pasukan-pasukan lain,
jelas Hardi ketika ditemui di Ipoh.
Saya tidak pernah mewakili
Perak dalam Liga Super kerana telah berpindah ke negeri lain selepas beraksi
dengan skuad Piala Presiden sepuluh tahun lalu, tambahnya.
Ini, saya gembira dapat
bersama-sama skuad Seladang dan berharap mampu memberi sumbangan yang bermakna
kelak, jelas Hardi.
Sebelum ini, Pemangku Presiden
PAFA, Datuk Mohammed Mahiyuddin Abdullah mengumumkan Hardi dan bekas pemain
kebangsaan, Mohd Noor Ismail akan menyarung jersi Perak pada musim depan.
Kedua-dua pemain tersebut sudah
memulakan latihan sejak awal Ramadan lalu di bawah pengawasan penolong
jurulatih, Mohammed Zakaria dan Abdul Talib Saidi.
Bekas ketua pasukan Telekom
Melaka itu menyatakan bahawa Mohamed Zakaria adalah jurulatih yang mula mengasah
bakatnya dalam kelab Lintau dari Kampong Manjoi, Ipoh sedekad yang lalu.
Perak menyenaraikan Hardi bagi
menguatkan bahagian tengahnya bersama-sama ketua pasukan, Ahmad Shahrul Azhar
dan pemain import dari Burkina Faso, Traore Abdoulaye.
Sebelum ini, Perak kehilangan
dua pemain tengah yang berpengalaman, Yusri Che Lah dan Wong Sai Kong. Sai Kong
disingkir daripada skuad Seladang bersama-sama K. Yoganathan, G. Ganesan, S.
Kartik dan G. Saravana Kumar.
Perak mengambil tindakan
menyingkirkan Sai Kong kerana dikatakan gagal memberi sumbangan yang berkesan
pada musim lalu.
Yusri pula akan kembali semula
menyarung jersi Perlis.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1016&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4vjYp3Bg7
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan