Isnin, 23 Oktober 2017

Amukan Seladang




PERAK membuktikan mereka adalah pasukan yang perlu diberi perhatian pada kempen Liga Super musim ini.

Semalam skuad Seladang itu mencatat kemenangan besar apabila membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 6-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Kemenangan itu juga membolehkan Perak melonjak satu anak tangga ke kedudukan keempat dalam liga selepas mengumpul 18 mata daripada 10 perlawanan.

Kedah pula masih unggul selaku pendahulu dengan 25 mata, lima mata di hadapan Selangor yang berada di tangga kedua.

Begitupun pada aksi semalam, Perak yang turun selaku tuan rumah bermula garang apabila mendahului dua gol menerusi jaringan Khalid Jamlus pada minit ke-25 dan 44.

Rentak cemerlang Perak diteruskan pada babak kedua permainan apabila penyerang import, Carlos Arturo Caceres meledak gol ketiga pada minit ke-47 sebelum Mohd. Hardi Jaafar menambah gol keempat minit ke-70.

Gol kelima tuan rumah hadir pada minit ke-87 menerusi jaringan Wan Abu Yazid Bustami sebelum Caceres melengkapkan gol keenam Perak dua minit kemudian.

SEMUAArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_09.htm#ixzz4wNHEtzPj
Hakcipta terpelihara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan