ARKIB : 18/09/2008
IPOH - Perak memerlukan
keajaiban untuk mengejar Safa SC dari Lebanon dalam perlawanan kedua suku akhir
Piala AFC di tempat lawan pada 23 September ini.
Dalam perhitungan kedua itu,
Perak mesti mendapatkan sekurang-kurang dua gol bagi melangkah ke separuh akhir
piala tersebut.
Sebaliknya, Safa SC berada pada
kedudukan yang selesa apabila menumpaskan Perak 2-0 di sini, kelmarin.
Gol Rony Azar pada minit ke-38
dan pemain import dari Maghribi, Hamid Termina pada minit ke-55 membuatkan Safa
SC pulang dengan senyum lebar.
Pemangku Presiden Persatuan
Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah mengakui harapan
Perak semakin sukar setelah ketinggalan dua gol.
Namun begitu, beliau tetap
percaya Perak masih mampu bangkit mengejar Safa SC jika dapat mempertajamkan
semula barisan serangan.
Katanya, Perak terpaksa bermain
tanpa pemain penyerang yang mampu menggegar pintu pasukan pelawat itu kelmarin.
Perak hanya mampu mengancam
pintu gol Safa SC pada minit ke-23 dan 65 melalui cubaan berbahaya Mohd Hardi
Jaafar.
''Skuad Seladang kehilangan
semua penyerang utamanya kerana masalah kecederaan," jelas Muhiyuddin.
Kelmarin, Perak terpaksa
beraksi tanpa penjaring terbanyak, Carlos Caceres yang pulang ke Chile dan
penyerang muda, Razali Umar Kandasamy digugurkan kerana masalah disiplin.
Khidmat penyerang berbakat,
Ahmad Fakri Saarani tidak dapat digunakan kerana bersama-sama skuad kebangsaan.
Penyerang lincah, Mohd. Khalid
Jamlus yang berseorangan hanya mampu beraksi selama sepuluh minit sebelum
dikeluarkan kerana masalah kecederaan.
''Perak akan memperbaiki
kepincangan barisan serangan segera agar dapat mempamerkan permainan yang lebih
baik kelak," tambahnya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0918&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz50Rs10ddr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan