ARKIB : 17/06/2005
IPOH - Gandingan dua import,
Frank Seator dan Keita Mandjou membuka lembaran baru dalam usaha Perak untuk
mencari tempat terbaik dalam Liga Super.
Persefahaman Seator dari
Liberia dan Mandjou dari Burkina Faso mantap ketika membantu Perak meratah
Pulau Pinang 6-0 dalam aksi Piala FA di Ipoh, kelmarin.
Seator, yang pernah diketepikan
awal musim lalu kerana prestasinya yang tidak menentu mengesahkan perlawanan
kelmarin menjadi miliknya apabila melakukan hatrik pada minit-minit ke-29, 54
dan 81.
Sementara Mandjou pula tidak
kurang hebatnya apabila meledakkan dua jaringan untuk menggegarkan gawang Pulau
Pinang pada minit ke-33 dan 78 perlawanan.
Perak menutup tirai pesta pada
minit ke-89 menerusi jaringan Chan Wing Hoong.
Gandingan yang sama juga
sebelum ini turut membenam Public Bank 4-0, membolehkan Perak membawa pulang
mata penuh.
Apa yang pasti, jurulatih Toni
Netto sudah boleh mengukir senyuman panjang sekali gus juga melonjakkan
kedudukan Perak di tangga ketujuh dengan 18 mata.
``Saya hanya berharap Perak
mencatat kemenangan selesa supaya mempunyai sedikit bekalan bagi pusingan kedua
kelak,'' jelas Netto ketika ditemui, kelmarin.
Di sebalik pujian melambung
Netto kepada awang importnya, beliau juga tidak menafikan aksi hebat kedua-dua
pemain itu turut dibantu oleh aksi bertenaga Troare Abdoulaye, K. Yoganathan
dan Wirat Nom yang mengemudi bahagian tengah padang.
Ketika skuad Perak bersiap
untuk melayan kunjungan Telekom Melaka di Ipoh, jurulatih yang berasal dari
Brazil itu berharap anak-anak buahnya akan mengekalkan persembahan yang sama
selepas ini.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4ieYXo57U
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan