ARKIB : 08/01/2005
DUA pemain kebangsaan, Chan Wing Hoong dan K. Nanthakumar adalah antara lima pemain skuad Perak musim lalu yang dikekalkan untuk menghadapi kempen Liga Super bermula bulan depan.
Tiga pemain lain yang turut dikekalkan ialah ketua pasukan Ahmad Shahrul Azhar, penjaga gol Mohd. Hamsani Ahmad dan pemain pertahanan, Syamsul Mohd. Saad.
Pengurus pasukan, Datuk Jamal Nasir Rasdi berkata, berbekalkan lima pemain musim lalu di samping beberapa pemain baru, Perak mampu mengharungi cabaran lebih getir musim ini.
``Saya tetap yakin Perak berupaya memberi saingan dan lebih lagi dalam usaha kita untuk mengekalkan gelaran Piala FA yang dimenangi musim lalu,'' ujarnya semalam.
Skuad Seladang tersentak dengan penghijrahan empat pemain utama mereka iaitu Muhammad Khalid Jamlus, Asmawi Bakiri, V. Saravanan dan Liew Kit Kong yang berpindah ke pasukan lain musim ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan