ARKIB : 02/04/2006
KUALA LUMPUR - Perak masih
mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Super walaupun hanya mampu
mencatat keputusan seri 1-1 ketika bertemu Selangor di Stadium Nasional Bukit
Jalil, semalam.
Ketua pasukan Keita Mandjou
menjadi penyelamat apabila menyamakan kedudukan setelah Perak ketinggalan pada
satu ketika.
Mandjou mencipta gol penyamaan
apabila mencipta jaringan pada minit ke-62 setelah ketinggalan 1-0 apabila
Selangor menerusi Nazzab Hidzan membuka jaringan pada minit ke-54.
Di Stadium Paroi, tuan rumah
Negeri Sembilan Naza sekadar seri 1-1 ketika bertemu Pahang.
Keputusan seri itu tidak
menggugat kedudukan Negeri Sembilan yang masih kekal berada di tangga kedua di
belakang Perak terikat dengan 26 mata.
Negeri Sembilan membuka
jaringan menerusi Razali Zambri pada minit ke-34 hasil lorongan Anuar Jusoh.
Bagaimanapun pelawat menyamakan
kedudukan 1-1 menerusi pemain import Josiah Seton pada minit ke-40.
Di Stadium Utama Negeri, Perlis
menerima tamparan hebat apabila tewas 4-2 kepada Telekom Melaka.
Perlis membuka jaringan pertama
pada minit ke-33 menerusi Philimon Chepita yang menanduk masuk hantaran
daripada sebelah kanan.
Bagaimanapun Telekom menyamakan
kedudukan 1-1 menerusi jaringan Hafizi Awang pada minit ke-40 menewaskan Tay
Seng Kiat.
Tiga gol pelawat dijaringkan
oleh Thasswe Nsofwa (m-51), Ponaroyo Astaman (m-71) dan Hardi Jaafar (m-76).
Manakala gol kedua Perlis
dijaringkan oleh Mohd. Nazaruddin Md Zain pada minit ke-58.
Di Stadium Bandaraya, kelebihan
bermain di gelanggang sendiri digunakan sepenuhnya buat Pulau Pinang E&O
apabila memahatkan kemenangan mudah 3-0 mengatasi MPPJ.
Gol-gol Pulau Pinang E&O
dijaringkan oleh Zulhisham Jamaluddin (m-22), M. Parakash (m-45) dan Rosli
Azizan (m-81)
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4kq3i3rUx
© Utusan Melayu (M) Bhd