ARKIB : 06/03/2006
Oleh AMRAN MULUP
KUALA LUMPUR - Perak
membuktikan keunggulan ketika juara tiga piala musim lalu Selangor terus pasrah
untuk memecah kebuntuan tanpa kemenangan memulakan kempen Liga Super kelmarin.
Rehat hampir tiga minggu tidak
mengubah rentak Selangor sebaliknya anak didik Dollah Salleh terus menduduki
tangga terbawah liga.
Tidak pula dengan Perak
walaupun penjaring terbanyak Keita Mandjou tidak memahatkan nama selaku
penjaring ketika menentang Pahang, dua gol menerusi Daniel Fadzli dan R.
Surendren sudah cukup memastikan skuad Seladang merampas tampuk selaku
pendahulu daripada genggaman MPPJ.
Terikat dengan 22 mata bersama
MPPJ dipisahkan kelebihan jaringan gol menjadi milik Perak belum lagi melegakan
buat skuad bimbingan Steve Darby untuk mengukir senyum memburu gelaran Liga
Super musim 2005/06.
Apa pun kemenangan 2-0 Perak ke
atas Pahang membuktikan pasukan itu mengidam untuk mengambil alih tempat Selangor
yang musim lalu mendakap tiga gelaran sekali gus.
Kecewa
Reputasi Perak tidak dinafikan
pasukan paling konsisten setakat ini berbanding MPPJ kekalahan 1-0 kepada
Perlis menceritakan betapa kecewa mereka gagal untuk menjarakkan diri lebih
jauh.
Gara tersalah langkah penjaga
gol MPPJ, Mat Faizal Abdul Rashid membawa padah buat Perlis mengutip tiga mata
berharga.
Kekalahan tipis MPPJ belum
menjejaskan kedudukan pasukan itu untuk selesa berada di tangga kedua liga
terikat dengan Perak sekadar jaringan gol menjadi pemisah.
Pemburuan gelaran Liga Super
musim ini jelas masih terbuka luas selain daripada Perak dan MPPJ kelibat Pulau
Pinang E&O, Negeri Sembilan Naza dan Telekom Melaka tidak boleh dianggap
remeh.
Negeri Sembilan Naza yang
menewaskan Telekom 1-0 di tempat sendiri terus merapatkan diri sekadar
ketinggalan empat mata di belakang Perak dan MPPJ.
Mengekori dari belakang ialah
Pulau Pinang E&O dengan kemenangan mudah 2-0 ke atas Selangor membolehkan
skuad bimbingan Josef Herel menduduki tangga keempat liga.
Reputasi skuad Pulau Mutiara
ibarat `yoyo' sukar untuk meramalkan peluang mereka untuk turut bersaing
memburu gelaran juara Liga Super musim ini.
Telekom Melaka yang tersentak
tewas 1-0 kepada Negeri Sembilan masih mampu menarik nafas lega walaupun kekal
dengan mengutip 15 mata masih berpeluang untuk memperbaiki kedudukan.
Begitu juga dengan Perlis
kembali bernafas dengan kemenangan tipis ke atas MPPJ.
Buat Pahang pula kekalahan
kepada Perak meletakkan kedudukan mereka dalam bahaya bersama-sama Selangor
menghuni dua anak tangga terbawah liga.
Selepas 11 perlawanan dilalui
berbaki dua perlawanan menutup saingan pusingan kedua kedudukan kedua-dua
pasukan itu di zon bahaya bakal tersingkir ke Liga Perdana musim depan.
Lebih parah buat Selangor
kekalahan kali kesembilan merumuskan betapa skuad Merah Kuning perlu bangkit
dalam perlawanan seterusnya jika tidak mahu pasukan itu kembali ke Liga Perdana
musim depan.
Selangor yang sekadar menang
dua perlawanan dan kalah sembilan lagi permainan terus menduduki tangga
terbawah liga dengan enam mata.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0306&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4ko5H2ILF
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan