ARKIB : 03/02/2006
IPOH - Kecederaan R. Surendran
mengundang gelisah buat jurulatih, Steve Darby untuk mencari gandingan terbaik
yang akan mengemudi jentera serangan skuad Seladang bertemu Perlis di Stadium
Utama, malam esok.
Kecederaan Surendran jelas
mengecewakan Darby yang terpaksa mencongak kaedah terbaik mengatasinya.
``Saya terkejut apabila
diberitahu Surendran mengalami kecederaan semasa menjalani latihan skuad
kebangsaan di Kelana Jaya kelmarin,'' jelas Darby, semalam.
Selain Surendran, dua pemain
pertahanan, V. Thirumurugan, Mohd. Azlan Zainal dan penjaga gol, Mohamed Nasril
Nourdin turut disenaraikan dalam skuad kebangsaan.
``Saya terpaksa memikirkan
pengganti Surendran agar barisan serangan Perak tetap mantap,'' ujarnya.
Jurulatih itu bagaimanapun
masih mempunyai senarai pemain tempatan seperti Mohd. Nor Ismail dan Harizul
Izuan Abd Rani untuk mengisi posisi tersebut.
``Saya masih berpegang kepada
perancangan awal tidak akan menggunakan tenaga Zulu kerana tidak mahu
mengenepikan Abdoulaye dalam perlawanan yang dianggap sengit ini.
``Kalau saya mengenepikan
Abdoulaye bermakna perancangan bahagian tengah terpaksa disusun semula dan akan
menimbulkan masalah lain pula.
``Saya tidak mahu melakukan
banyak perubahan kerana bimbang akan berlaku beberapa masalah lain pula,''
ujarnya.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4jgpKfL2N
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan