Jumaat, 23 Jun 2017

Perak tewas tapi kekal teratas



ARKIB : 19/03/2006
KUALA LUMPUR - Oliver Kvojic muncul hero menjaringkan gol kemenangan membantu Pulau Pinang E&O menewaskan Perak 3-2 dalam perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Perak , semalam.

Kvojic menjaringkan gol kemenangan lima minit sebelum tamat perlawanan bagi membantu Pulau Pinang mengekori rapat pendahulu, MPPJ dan Negeri Sembilan memburu gelaran liga.

Kekalahan Perak tidak menjejaskan kedudukan selaku peneraju Liga Super ketika saingan terdekat MPPJ rebah 2-0 kepada Pahang.

Keita Mandjou membuka tirai jaringan pertama Perak seawal minit kelapan tetapi pelawat berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Zailani Jaafar pada minit ke-38.

Pelawat membuat kejutan apabila mendahului 2-1 hasil tandukan cantik pemain import Mario da Silva pada minit ke-56 namun Abdolaye Traore menyamakan kedudukan 2-2 di minit ke-62.

Di Stadium Darulmakmur Pahang mengutip tiga mata berharga apabila mudah menewaskan MPPJ 2-0.

Shahrul Nizam Sahat meledakkan jaringan pertama skuad Tok Gajah pada minit ke-27 sebelum bintang penyerang, Josiah Seton menambah gol kedua pada minit ke-58.

Di Stadium Utama Negeri, Perlis sekadar mengutip satu mata apabila terikat dengan keputusan seri 0-0 bertemu Negeri Sembilan Naza.

Namun permainan kedua-dua pasukan itu tercemar apabila jurulatih Negeri Sembilan Naza, K. Devan diarahkan oleh pengadil R. Krishnan meninggalkan bangku simpanan.

Tindakan itu dilakukan kerana Devan membantah keputusan Krishnan.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0319&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4koVDbybZ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan