ARKIB : 15/08/2005
KUALA LUMPUR - Shahrulnizam
Mustafa muncul hero apabila jaringannya membantu Perak mencatat kejayaan paling
manis menewaskan Selangor 2-1 dalam perlawanan bola sepak Piala Malaysia
Kumpulan D di Stadium Perak di Ipoh semalam.
Pertembungan dua gergasi
tersebut disaksikan lebih daripada 30,000 penyokong melihat Perak lebih awal
memecah kebuntuan jaringan gol menerusi tandukan kencang Keita Mandjou pada
minit ke-60.
Belum reda penyokong Perak
meraikan jaringan awal itu, dua minit selepas itu Selangor berjaya menyamakan
kedudukan 1-1 hasil sepakan leret Bambang Pamungkas.
Bagaimanapun Shahrulnizam
mengamatkan stadium apabila menjaringkan gol kemenangan Perak pada masa
kecederaan perlawanan hendak ditamatkan.
Perlawanan tercemar pada minit
ke-63 apabila penjaga garisan, Syed Azhar Syed Kamar dari Kuala Lumpur
terbaring di atas padang setelah terkena objek yang dibaling oleh penyokong
Perak.
Perlawanan terhenti kira-kira
lima minit sebelum disambung semula selepas itu.
Di Stadium Paroi, kelebihan
bermain di gelanggang sendiri gagal dimanafaatkan oleh Negeri Sembilan apabila
sekadar seri 0-0 bertemu Pulau Pinang.
Di Stadium Jcorp, tuan rumah
Johor FC sekadar pulang membawa pulang satu mata selepas hanya seri 1-1 ketika
bertemu MPPJ.
Johor FC membuka tirai jaringan
menerusi Mohd. Azuwad Md. Arip pada minit 16 tetapi MPPJ berjaya menyamakan
kedudukan hasil ledakkan Ben Newton Katanha pada minit ke-40.
Di Stadium Larkin, PKNS
mencipta kejutan apabila menewaskan Sabah 2-1.
Di Stadium Hang Tuah, Telekom
sekadar pulang dengan satu mata apabila sekadar seri 0-0 ketika bertemu Kuala
Lumpur.
Di Stadium Hang Jebat, Public
Bank sekadar terikat dengan keputusan seri 3-3.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4ir5p8ILg
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan