Sabtu, 30 September 2017

Perak, Kedah terus bersaing



ARKIB : 14/06/2007

KUALA LUMPUR – Persaingan memburu gelaran juara Liga Super musim 2006/07 yang kian sampai ke penghujung tampak semakin sengit apabila Perak dan Kedah menepati ramalan mencatat kemenangan semalam.

Pendahulu liga Perak berhempas pulas menewaskan Telekom Melaka 2-1 manakala Kedah berjaya mudah menjinakkan Pahang 4-1 untuk masing-masing terikat dengan 49 mata.

Begitupun, Perak masih kekal sebagai pendahulu atas perbezaan jaringan.

Kedua-dua pasukan akan bersaing dengan dua baki perlawanan pada 1 dan 4 Ogos depan sebelum ditabalkan juara Liga Super musim ini.

Di Stadium Perak, bekas penyerang kebangsaan Muhamad Khalid Jamlus muncul hero apabila jaringannya membantu Perak menewaskan Telekom Melaka 2-1.

Hanya 12 minit babak berlangsung, Telekom Melaka mengejutkan tuan rumah dengan gol awal sepakan lambung Zainud- din Mohd. Ariffin gagal ditolak keluar oleh penjaga gol Perak, Mohd. Nasril Nour- din.

Bagaimanapun Perak tangkas menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-28 gol menerusi tandukan kencang Traore Abdoulaye setelah menerima hantaran Daniel Fazli.

Gol kemenangan Perak menyusul pada minit ke-31 menerusi sepakan mudah Muhammad Khalid Jamlus setelah menerima hantaran silang daripada Yusri Che Lah.

Di Stadium Darul Aman, Kedah terus mengekori rapat Perak seperti yang diramalkan mudah menjinakkan Pahang 4-1.

Begitupun Kedah dikejutkan dengan gol pendahuluan Pahang pada minit ke-32 menerusi Mohd. Kamal Rodiarjat menewaskan penjaga gol Kedah, Mohd. Helmi Eliza Alias.

Tersentak dengan gol tersebut, Kedah yang mendapat sokongan padu 15,000 pe- nonton berjaya menyamakan kedudukan menerusi Marlon Alex James pada minit ke-36 yang sebelum itu gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-23.

Kedudukan Kedah makin selesa dengan tiga lagi gol menyusul menerusi rembatan kencang Badrul Bakhtiar pada minit 41, ketua pasukan Victor Andrag di minit 53 dan gol keempat pula menerusi Safizan Hashim di minit 79.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu melangkah ke tangga ketiga apabila mengutip tiga mata penuh menewaskan Brunei DPMM 2-0.

Terengganu yang memintas kedudukan Brunei DPMM itu, membuka jaringan pertama pada minit ke-41 menerusi Md. Ashaari Shamsuddin.

Md. Ashaari menambah gol peribadi keduanya dengan merembat masuk menewaskan penjaga gol pelawat, Mohd. Wardun di minit ke-46.

Di Stadium Negeri Batu Kawan, Perlis mudah menewaskan Pulau Pinang 2-0.

Gol pertama pelawat dihasilkan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Zachariah Simukonda pada minit ke-45 selepas Philimon Chepita dijatuhkan oleh pemain pertahanan tuan rumah.

Pulau Pinang yang cuba mencari gol penyamaan tersentak lagi dengan gol kedua Perlis dijaringkan oleh Azmizi Azmi pada minit ke-72.

Di Stadium Sarawak, tuan rumah memperoleh kemenangan kedua musim ini apabila menewaskan Negeri Sembilan Naza 3-0.

Gol-gol Sarawak dijaringkan oleh Jeffrey Akup (m-10), sepakan penalti Romeo Kambou (m-34) dan Mohd. Safri Amit (m-35).

Di Stadium Jcorp, Johor FC membelasah Melaka 4-0 dengan penyerang import Walter Ariel Silva mencipta hatrik pada minit ke-12, 20 dan 74 manakala gol keempat jaringan Mohd. Nurul Azwan Roya di minit 67.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0614&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4u9Dt2UCF
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jumaat, 29 September 2017

Perak tidak gentar jumpa Perlis



ARKIB : 29/05/2007

IPOH – Perak tidak gentar untuk berdepan dengan juara bertahan, Perlis pada perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia di Kangar pada 8 Ogos ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PFA), Datuk Ahmad Zahid Hamidi berharap para pemain Perak menggunakan pengalaman yang lalu bagi menguatkan semangat untuk berdepan dengan Perlis.

‘‘Kita pernah menumpaskan Perlis dalam Liga Perdana baru-baru ini yang mana boleh diulangi semula dalam persaingan Piala Malaysia pula,” kata Zahid, semalam.

Perak mengejutkan Singa Utara dengan mencatat kemenangan tipis 1-0 dalam saingan Liga Super di Kangar pada 19 Mei lalu.

Sebelum itu, dalam saingan liga yang sama, Perak turut menumpaskan Perlis 2-0 di Ipoh pada 7 Mac yang lalu.

Namun begitu, Zahid tetap mengingat para pemain Perak supaya lebih berhati-hati di Kangar kerana Singa Utara sangat garang apabila beraksi di gelanggang sendiri.

Perlis berjaya menyekat laluan Perak ke perlawanan akhir Piala Malaysia dua tahun berturut-turut apabila menumpaskan pasukan Seladang 3-1 (2005) dan 2-1 (2006) pada saingan separuh akhir.

Sementara itu, jurulatih Perak, Steve Darby mempunyai strategi tersendiri untuk menjinakkan Perlis dalam pertemuan pertama suku akhir tersebut.

Beliau mengakui Perlis mempunyai barisan pemain yang mantap tetapi masih terdapat beberapa kelemahan yang boleh digunakan bagi mencapai kemenangan kelak.

Perak dijangka menggunakan gandingan penjaring terbanyak, Keita Mandjou dengan Khalid Jamlus bagi mendapatkan gol.

Strategi Darby menggunakan Mandjou dan Khalid sebagai penyerang utama mungkin memaksa barisan pertahanan Perlis bekerja keras.

Jurulatih berbangsa Inggeris itu mungkin menggunakan strategi lain supaya barisan serangan Perak tetap menyerlah jika gandingan Mandjou dan Khalid mudah dipatahkan.

Kini, jurulatih itu sedang memberi perhatian kepada saingan Liga Super untuk menentang Pahang pada 2 Jun ini dan Melaka empat hari kemudian.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4u7wGerzr
© Utusan Melayu (M) Bhd

Perak mudah jinakkan Selangor



ARKIB : 13/05/2007

KUALA LUMPUR - Perak terus memberi tekanan kepada pendahulu Kedah dengan mengutip tiga mata penuh menewaskan Selangor 2-0 pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Perak di Ipoh, semalam.

Selangor yang beraksi tanpa beberapa pemain utama yang dipanggil menjalani latihan dengan skuad kebangsaan hanya mampu bertahan hingga pada minit ke-32.

Hasil hantaran jauh Ahmad Shahrul Azhar di depan pintu gol Selangor berlaku pergelutan dan bola muntah mudah ditolak masuk oleh R. Surendren.

Kedudukan Perak semakin kukuh apabila Traore Abdolaye meledakkan sepakan jarak dekat menewaskan penjaga gol Megat Amir Faisal pada minit ke-64.

Kemenangan itu memastikan Perak masih kekal di tangga kedua liga mengutip 37 mata sekadar dipisahkan dengan dua mata di belakang Kedah dengan 38 pemain.

Di Stadium Sultan Hasanal Bolkiah, tuan rumah gagal mengutip tiga mata penuh apabila sekadar seri 1-1 berdepan Telekom Melaka (TMFC).

Shahrazain Said membuka jaringan pada minit ke-45 buat Brunei DPMM tetapi TMFC menyamakan kedudukan 1-1 jaringan Chaswe Nsofwa di minit 77.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu nyata unggul menewaskan Perlis 2-0.

Pertembungan sengit dua pasukan tersebut jelas mencuri perhatian dan buruan mencari gol hadir pada minit ke-57 milik Terengganu.

Che Hishamuddin Hassan meletakkan Terengganu di depan pada minit ke-57 dan Sharlei Miranda menguatkan cengkaman tuan rumah pada minit ke-62.

Di Stadium Jcorp, Johor FC berjaya menewaskan Pulau Pinang 2-0.

Walter Silva muncul hero buat Johor FC apabila meledakkan kedua-dua jaringan pada minit ke-19 dan 21.

Di Stadium Sarawak, tuan rumah memecah kemarau tanpa kemenangan dalam saingan Liga Super apabila menewaskan Pahang 3-0.

Gol pertama tuan rumah dijaringkan oleh Khairul Zal Azmi pada minit ke-15, diikuti oleh jaringan Romeo Kambou (m-62) dan gol ketiga jaringan Mohamad Sabri Amit (m-67).

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4u3y4gtnG
© Utusan Melayu (M) Bhd

Ahad, 24 September 2017

KEPUTUSAN PENUH SUKU AKHIR KEDUA PIALA MALAYSIA 24.9.2017



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
           
PKNP 1-4 Felda United
                       
           
Perak   4-0       Pahang
                       
           
Kedah  1-0      Selangor
           
Johor DT    1-1  Melaka United
m-21 Nazmi Faiz

TERKINI SUKU AKHIR KEDUA PIALA MALAYSIA 24.9.2017



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
           
PKNP 1-0 Felda United
                       
           
Perak   1-0       Pahang
                       
           
Kedah  0-0      Selangor
           
Johor DT    1-0  Melaka United
m-21 Nazmi Faiz

Sabtu, 23 September 2017

Perak gagal kembali bertakhta



ARKIB : 02/04/2007

KUALA LUMPUR – Perak terpaksa menerima hakikat mereka bukan lagi pendahulu Liga Super apabila ditewaskan Brunei DPMM 3-4 pada perlawanan di Stadium Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, semalam.

Selepas menyaksikan Kedah merampas kedudukan di puncak liga menewaskan Melaka 4-1 kelmarin, Perak berpeluang kembali bertakhta tetapi mendapati Brunei sukar dijinakkan untuk memungut tiga mata yang diperlukan.

Tuan rumah mempamerkan permainan agresif dengan menjaringkan tiga gol pada babak pertama menerusi Mohd. Shahrazen Said (m-5, 45) dan Rene Komar (m-22).

Walaupun Perak berjaya menyamakan kedudukan 3-3 menerusi Khalid Jamlus (m-34), Yusri Che Lah dan Keita Mandjou (m-66) tetapi ia tidak mematahkan semangat Brunei untuk menghasilkan gol kemenangan menerusi Affendi Yakod (m-75).

Dengan kekalahan itu, Perak menghuni tangga kedua liga di belakang Kedah yang masih mempunyai baki kurang satu perlawanan tetapi mengumpul 31 mata.

Lebih malang buat Perak, tiba giliran Brunei DPMM menjadi pasukan selepas Kedah untuk menyingkirkan mereka di tangga ketiga pula.

Perak kini hanya mempunyai kelebihan jaringan untuk berada di tangga kedua tetapi memiliki jumlah 28 mata yang sama dengan Brunei DPMM.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4tVJzm0ds
© Utusan Melayu (M) Bhd