Khamis, 21 September 2017

Perak mahu lebur Perlis

ARKIB : 07/03/2007

IPOH – Perak meletakkan harapan tinggi untuk menjadikan skuad Singa Utara sebagai mangsa ketujuh Seladang pada pertemuan bola sepak Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, malam ini.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PFA), Datuk Muhammad Mahiyuddin Abdullah mahukan para pemain Perak supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk menjinakkan Singa Utara tersebut. .

‘‘Para pemain diharapkan dapat mengutip tiga mata penuh agar skuad Seladang terus berada dalam ‘mood’ kemenangan.

‘‘Jangan hancurkan harapan itu kerana para penyokong Kejor Yeop Kejor semakin seronok mengunjungi Stadium Perak dalam setiap perlawanan,” katanya, semalam.

Beliau percaya Perak mampu merangkul tiga mata kerana persembahan para pemain skuad Seladang semakin mantap dan meningkat.

Kegarangan Perak terserlah apabila mencatat enam kemenangan berturut-turut dalam persaingan Liga Super dan Piala Malaysia sejak 14 Februari lalu.

Perak kini berada pada tangga keempat liga dengan mengumpul 18 mata selepas bermain sembilan perlawanan.

Sementara itu, dalam saingan Piala FA pusingan pertama, semalam Kuala Muda Naza mara ke pusingan kedua selepas mengalahkan skuad bawah 23 tahun Singapura 1-0 di Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0307&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4tMuQ7SDY
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan