ARKIB : 14/06/2007
KUALA LUMPUR Persaingan
memburu gelaran juara Liga Super musim 2006/07 yang kian sampai ke penghujung
tampak semakin sengit apabila Perak dan Kedah menepati ramalan mencatat
kemenangan semalam.
Pendahulu liga Perak berhempas
pulas menewaskan Telekom Melaka 2-1 manakala Kedah berjaya mudah menjinakkan
Pahang 4-1 untuk masing-masing terikat dengan 49 mata.
Begitupun, Perak masih kekal
sebagai pendahulu atas perbezaan jaringan.
Kedua-dua pasukan akan bersaing
dengan dua baki perlawanan pada 1 dan 4 Ogos depan sebelum ditabalkan juara
Liga Super musim ini.
Di Stadium Perak, bekas
penyerang kebangsaan Muhamad Khalid Jamlus muncul hero apabila jaringannya
membantu Perak menewaskan Telekom Melaka 2-1.
Hanya 12 minit babak
berlangsung, Telekom Melaka mengejutkan tuan rumah dengan gol awal sepakan
lambung Zainud- din Mohd. Ariffin gagal ditolak keluar oleh penjaga gol Perak,
Mohd. Nasril Nour- din.
Bagaimanapun Perak tangkas
menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-28 gol menerusi tandukan kencang Traore
Abdoulaye setelah menerima hantaran Daniel Fazli.
Gol kemenangan Perak menyusul
pada minit ke-31 menerusi sepakan mudah Muhammad Khalid Jamlus setelah menerima
hantaran silang daripada Yusri Che Lah.
Di Stadium Darul Aman, Kedah
terus mengekori rapat Perak seperti yang diramalkan mudah menjinakkan Pahang
4-1.
Begitupun Kedah dikejutkan
dengan gol pendahuluan Pahang pada minit ke-32 menerusi Mohd. Kamal Rodiarjat
menewaskan penjaga gol Kedah, Mohd. Helmi Eliza Alias.
Tersentak dengan gol tersebut,
Kedah yang mendapat sokongan padu 15,000 pe- nonton berjaya menyamakan
kedudukan menerusi Marlon Alex James pada minit ke-36 yang sebelum itu gagal
menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-23.
Kedudukan Kedah makin selesa
dengan tiga lagi gol menyusul menerusi rembatan kencang Badrul Bakhtiar pada
minit 41, ketua pasukan Victor Andrag di minit 53 dan gol keempat pula menerusi
Safizan Hashim di minit 79.
Di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah, Terengganu melangkah ke tangga ketiga apabila mengutip tiga
mata penuh menewaskan Brunei DPMM 2-0.
Terengganu yang memintas
kedudukan Brunei DPMM itu, membuka jaringan pertama pada minit ke-41 menerusi
Md. Ashaari Shamsuddin.
Md. Ashaari menambah gol
peribadi keduanya dengan merembat masuk menewaskan penjaga gol pelawat, Mohd.
Wardun di minit ke-46.
Di Stadium Negeri Batu Kawan,
Perlis mudah menewaskan Pulau Pinang 2-0.
Gol pertama pelawat dihasilkan
menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Zachariah Simukonda pada minit
ke-45 selepas Philimon Chepita dijatuhkan oleh pemain pertahanan tuan rumah.
Pulau Pinang yang cuba mencari
gol penyamaan tersentak lagi dengan gol kedua Perlis dijaringkan oleh Azmizi
Azmi pada minit ke-72.
Di Stadium Sarawak, tuan rumah
memperoleh kemenangan kedua musim ini apabila menewaskan Negeri Sembilan Naza
3-0.
Gol-gol Sarawak dijaringkan
oleh Jeffrey Akup (m-10), sepakan penalti Romeo Kambou (m-34) dan Mohd. Safri
Amit (m-35).
Di Stadium Jcorp, Johor FC
membelasah Melaka 4-0 dengan penyerang import Walter Ariel Silva mencipta
hatrik pada minit ke-12, 20 dan 74 manakala gol keempat jaringan Mohd. Nurul
Azwan Roya di minit 67.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0614&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4u9Dt2UCF
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan