ARKIB : 02/04/2007
KUALA LUMPUR Perak terpaksa
menerima hakikat mereka bukan lagi pendahulu Liga Super apabila ditewaskan
Brunei DPMM 3-4 pada perlawanan di Stadium Hassanal Bolkiah, Bandar Seri
Begawan, semalam.
Selepas menyaksikan Kedah
merampas kedudukan di puncak liga menewaskan Melaka 4-1 kelmarin, Perak
berpeluang kembali bertakhta tetapi mendapati Brunei sukar dijinakkan untuk
memungut tiga mata yang diperlukan.
Tuan rumah mempamerkan
permainan agresif dengan menjaringkan tiga gol pada babak pertama menerusi
Mohd. Shahrazen Said (m-5, 45) dan Rene Komar (m-22).
Walaupun Perak berjaya
menyamakan kedudukan 3-3 menerusi Khalid Jamlus (m-34), Yusri Che Lah dan Keita
Mandjou (m-66) tetapi ia tidak mematahkan semangat Brunei untuk menghasilkan
gol kemenangan menerusi Affendi Yakod (m-75).
Dengan kekalahan itu, Perak
menghuni tangga kedua liga di belakang Kedah yang masih mempunyai baki kurang
satu perlawanan tetapi mengumpul 31 mata.
Lebih malang buat Perak, tiba
giliran Brunei DPMM menjadi pasukan selepas Kedah untuk menyingkirkan mereka di
tangga ketiga pula.
Perak kini hanya mempunyai
kelebihan jaringan untuk berada di tangga kedua tetapi memiliki jumlah 28 mata
yang sama dengan Brunei DPMM.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4tVJzm0ds
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan