ARKIB : 29/05/2007
IPOH Perak tidak gentar untuk
berdepan dengan juara bertahan, Perlis pada perlawanan pertama suku akhir Piala
Malaysia di Kangar pada 8 Ogos ini.
Presiden Persatuan Bolasepak
Perak (PFA), Datuk Ahmad Zahid Hamidi berharap para pemain Perak menggunakan
pengalaman yang lalu bagi menguatkan semangat untuk berdepan dengan Perlis.
Kita pernah menumpaskan
Perlis dalam Liga Perdana baru-baru ini yang mana boleh diulangi semula dalam
persaingan Piala Malaysia pula, kata Zahid, semalam.
Perak mengejutkan Singa Utara
dengan mencatat kemenangan tipis 1-0 dalam saingan Liga Super di Kangar pada 19
Mei lalu.
Sebelum itu, dalam saingan liga
yang sama, Perak turut menumpaskan Perlis 2-0 di Ipoh pada 7 Mac yang lalu.
Namun begitu, Zahid tetap
mengingat para pemain Perak supaya lebih berhati-hati di Kangar kerana Singa
Utara sangat garang apabila beraksi di gelanggang sendiri.
Perlis berjaya menyekat laluan
Perak ke perlawanan akhir Piala Malaysia dua tahun berturut-turut apabila
menumpaskan pasukan Seladang 3-1 (2005) dan 2-1 (2006) pada saingan separuh
akhir.
Sementara itu, jurulatih Perak,
Steve Darby mempunyai strategi tersendiri untuk menjinakkan Perlis dalam
pertemuan pertama suku akhir tersebut.
Beliau mengakui Perlis
mempunyai barisan pemain yang mantap tetapi masih terdapat beberapa kelemahan
yang boleh digunakan bagi mencapai kemenangan kelak.
Perak dijangka menggunakan
gandingan penjaring terbanyak, Keita Mandjou dengan Khalid Jamlus bagi
mendapatkan gol.
Strategi Darby menggunakan
Mandjou dan Khalid sebagai penyerang utama mungkin memaksa barisan pertahanan
Perlis bekerja keras.
Jurulatih berbangsa Inggeris
itu mungkin menggunakan strategi lain supaya barisan serangan Perak tetap
menyerlah jika gandingan Mandjou dan Khalid mudah dipatahkan.
Kini, jurulatih itu sedang
memberi perhatian kepada saingan Liga Super untuk menentang Pahang pada 2 Jun
ini dan Melaka empat hari kemudian.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4u7wGerzr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan