ARKIB : 11/02/2007
KUALA LUMPUR Perlis bermula
dengan langkah kanan dalam usaha mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia
apabila menewaskan Telekom Melaka 2-0 dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium
Utama, Kangar, semalam.
Bagaimanapun, pasukan tuan
rumah terpaksa menunggu hingga ke minit ke-31 untuk membuka jaringan menerusi
Francis Kombe.
Mohd. Nazarudin Zain
kemudiannya menggandakan jaringan pada minit ke-73 menerusi satu sepakan
lambung cantik dari luar kotak penalti.
Selangor juga menang selesa 2-0
ke atas PBT Pasir Gudang dalam saingan kumpulan yang sama di Stadium Larkin,
Johor Baharu.
Kedua-dua gol Selangor
dijaringkan di babak kedua oleh pemain kebangsaan, Fadzli Saari pada minit
ke-48 dan 69.
Kuala Lumpur pula gagal
memanfaatkan bermain di tempat sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Johor FC
dalam perlawanan di Stadium KLFA, Cheras.
Gol Kuala Lumpur dijaringkan
Jorge Armando sebelum pasukan pelawat menyamakan kedudukan menerusi Walter de
Silva.
Saingan Kumpulan B pula
diungguli Melaka yang menewaskan Kelantan 2-0 dalam perlawanan di Stadium
Sultan Mohd. Ke-IV, Kota Bharu.
Alberto Escobar menjaringkan
kedua-dua gol, satu menerusi sepakan penalti pada minit ke-41 sebelum menambah
jaringan pada minit ke-48.
Dua lagi perlawanan Kumpulan B
berakhir dengan keputusan seri dengan Terengganu diikat tanpa jaringan oleh
Negeri Sembilan NAZA di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Sementara Pulau Pinang seri 1-1
dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Bandaraya.
Fariza Rozali meletakkan
pasukan tuan rumah lebih dulu di depan pada minit ke-59 sebelum ATM menyamakan
kedudukan menerusi Mohd. Nazri Akun pada minit ke-69.
Kejutan berlaku dalam saingan
Kumpulan C apabila Perak tersungkur di tangan Sabah 0-1 dalam perlawanan di
Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Gol kemenangan Sabah
dijaringkan pemain importnya, Charles Obi pada minit ke-51 selepas menyambut
hantaran Chow Chee Weng dalam kotak penalti.
Jiran mereka, Sarawak pula
kecundang 0-2 di tangan Kedah dalam perlawanan di Stadium Negeri, Kuching.
Gol-gol pasukan pelawat
dijaringkan Alex James Marlon minit ke-25 dan Nelson Sam Martin minit ke-36.
Satu lagi perlawanan kumpulan
sama, Pahang hanya mampu seri 0-0 dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam
perlawanan di Stadium Darul Makmur.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4sr1SqbXu
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan