ARKIB : 11/03/2007
KUALA LUMPUR Perak muncul
pendahulu baru apabila mudah menewaskan Brunei DPMM 3-0 dalam perlawanan bola
sepak Liga Super di Stadium Perak, semalam.
Prestasi cemerlang skuad
seladang nyata sukar ditandingi oleh Brunei DPMM terpaksa melepaskan tampuk
selaku pendahulu Liga Super kepada Perak dengan meraih 24 mata.
Gol-gol Perak dijaringkan oleh
Keita Mandjou (m-24), Muhammad Khalid Jamlus (m-29) dan Yusri Che Lah (m30).
Di Stadium Shah Alam, Perlis
menebus kekalahan di Piala Malaysia apabila menewaskan Selangor 1-0.
Gol kemenangan Singa Utara
dijaringkan oleh Ridzuan Othman pada minit ke-20 dan sekali gus melonjakkan
kembali Perlis di tangga kedua di belakang Perak.
Di Stadium Darul Aman, Kedah
meraih tiga mata penuh untuk melonjakkan diri di tangga ketiga apabila mudah
menewaskan Melaka 4-2.
Khyrill Muhymeen menjaringkan
dua gol pada minit ke-58 dan 81 disusuli jaringan K. Soley (m-65) dan Ahmad
Fauzi Saari (m-85) manakala Melaka memperoleh gol menerusi Faderin Kadir (m-52)
dan Patrick Volf (m-82).
Di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah, Terengganu menambah derita Negeri Sembilan apabila memahatkan
kemenangan 2-0.
Gol-gol Terengganu dijaringkan
oleh Nik Hishamuddin Hassan (m-52) dan Mohd. Nor Farhan Muhammad (m-63).
Di Stadium Bandaraya Pulau
Pinang terselamat mencuri satu mata apabila sekadar seri 1-1 dengan Pahang.
Ketinggalan 0-1 hasil jaringan
pemain Pahang, Nor Hafiz Zamani Misbah pada minit ke-44 tetapi Mohd. Farizal
Rozali mengikat keputusan seri menerusi jaringan pada minit ke-53.
Di Stadium Jcorp Pasir Gudang
jaringan tunggal Rudie Ramli pada minit ke-10 memastikan Telekom Melaka meraih
tiga mata berharga apabila menewaskan Johor FC 1-0.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4tNQG19mb
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan