ARKIB : 04/04/1999
BERMAIN tanpa beberapa tonggak
utama tidak menghalang Perak untuk mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas
Terengganu dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana Satu di Stadium Perak,
malam tadi, lapor MOHD. TAUFEK RAZAK.
Penyerang muda, Mior Nor Samsul
Kamal yang diharap mengatasi kepincangan bahagian serangan selepas ketiadaan V.
Saravanan, melakukan tugasnya dengan baik apabila menyumbangkan dua gol pada
minit ke-23 dan 27.
Manakala satu lagi gol Perak
dijaringkan M. Nagaraja pada minit ke-87. Gol tunggal Terengganu pula
dijaringkan Anuar Jusoh pada minit ketiga.
Perak menguasai babak pertama
dengan baik walaupun dikejutkan Terengganu menerusi jaringan Anuar Jusoh seawal
minit ketiga permainan selepas satu kesilapan barisan pertahanan.
Kemasukan Azrul Amri Burhan
pada minit ke-19 yang sekali gus mengubah corak persembahan Perak menerusi
gerakan-gerakan mantap yang mengucar-ngacirkan pertahanan lawan.
Terengganu yang sepanjang babak
pertama diasak hebat cuba bangkit sebaik bermula babak kedua tetapi mendapati
pertahanan Perak yang dikemudi Roslan Hamid sukar ditembusi.
Malang menimpa Terengganu
apabila A. Ganeson dibuang padang dan ini memudahkan tugas Perak untuk
menghasilkan gol ketiga.
M. Nagaraja yang berjaya melepasi
perangkap ofsaid Terengganu melakukan larian solo untuk menyumbangkan gol
ketiga minit ke-87.
Sementara itu, dalam
satu-satunya perlawanan Perdana Dua yang berlangsung semalam, Telekom Melaka
menewaskan Johor 2-0 di Stadium Larkin, Johor Bahru.
Perlawanan itu sepatutnya
berlangsung malam kelmarin tetapi ditunda dan dilangsungkan pagi semalam kerana
masalah bekalan elektrik.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0404&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_06.htm#ixzz4RRzIITyF
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan