Ahad, 2 April 2017

Hajat Perak tidak sampai



RKIB : 25/07/2003

PERAK gagal memenuhi hasrat untuk ke perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Kelab Asean apabila tewas 3-1 kepada BEC Tero Susana dari Thailand pada saingan separuh akhir di di Stadium Senayan, Jakarta, semalam.

Bagaimanapun, skuad Seladang berjaya menahan asakan hebat daripada BEC Tero Susana sehingga menyebabkan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada babak pertama.

Perak kemudiannya memperoleh gol pendahuluan hasil tolakan Frank Seator yang menewaskan penjaga gol BEC Tero Susana, Phansa Meesattham selepas menerima hantaran Yusri Che Lah pada minit ke-49.

Namun, penyerang kebangsaan Thailand Anucha Kitpongsri menyamakan kedudukan pada minit ke-55 setelah membuat rembatan kencang dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol, Hamsani Ahmad.

Selepas itu, penyerang sensasi Thailand Terdsak Chaiman menambah gol kedua BEC Tero Susana dengan tendangan kencong pada minit ke-62.

Kedudukan BEC Tero Susana semakin teguh apabila Jtupong Tongsukh menambah jaringan ketiga pada minit ke-67 untuk melengkapkan kemenangan 3-1.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4d6Sc1hyo
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan