Sabtu, 1 April 2017

Penalti selamatkan Perak



ARKIB : 25/06/2003
PERAK bernasib baik apabila sepakan penalti pada minit terakhir perlawanan membolehkan mereka seri 1-1 dengan Pulau Pinang dalam saingan bola sepak Liga Perdana Satu di Stadium Perak, Ipoh semalam.

Sepakan penalti tuan rumah disempurnakan oleh penyerang import Flavio Galvao selepas bola terkena tangan pemain Pulau Pinang, S. Nanthakumar.

Sebelum itu, Nanthakumar menjaringkan gol minit ke-70 untuk pasukannya juga melalui sepakan penalti apabila penyerang import, Gustavo Romero dijatuhkan oleh penjaga gol Perak, Hamsani Ahmad di dalam kotak penalti.

Keputusan itu meletakkan Perak terus berada di tangga teratas manakala Pulau Pinang naik ke tempat keempat.

Sementara itu, Sabah memperbaiki kedudukan dalam Perdana Satu apabila menewaskan Telekom Melaka 3-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.

Zaykiel Leong menjadi wira Skuad Badak apabila menyumbat dua gol iaitu pada minit ke-36 dan 88.

Josiah Seton turut menamatkan kemarau gol apabila menanduk masuk jaringan minit ke-59 selepas menerima hantaran Robbie Mark Gaspar.

Gol tunggal pasukan pelawat dijaringkan oleh Thomas Duah pada minit ke-54 selepas mendapat hantaran lintang daripada ketua pasukan, Issac Kaffour.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0625&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4czfvwL3g
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan